Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 7 September 2010

ramadhan 1431H di masjid ubudiah ampang


29 Syaaban 1431Hijrah bersamaan 10 Ogos 2010:

Hari ini masjid penuh sesak kerana kehadiran ribuan para jumaah. Ruangan masjid yang luas tidak dapat menampung kehadiran jumaah yang luar biasa.

Maka, riuh rendahlah suasana di perkarangan dan di dalam dewan masjid.Jumaah yang datang lewat terpaksa meletakkan kereta masing-masing sejauh 1km dari masjid. Ramai juga yang memiliki kereta mewah... Merc, BMW, Honda, Toyota Caldina, Toyota Vios.....

Ironisnya, ada juga beberapa orang jumaah yang bertanyakan di manakah letaknya tandas!

Dari manakah datangnya manusia-manusia tersebut sehingga ahli jumaah biasa tidak mengenali mereka? Di antara muka-muka yang tidak dikenali oleh 'penduduk masjid' tersebut adalah golongan warga emas yang berumur lima puluh tahun ke atas.

Adakah mereka dari planet lain? Dan mengapa mereka secara tiba-tiba teruja sangat datang ke masjid?

Ya..Ya..mereka datang untuk menunaikan solat sunat Tarawikh kerana esok adalah 1 Ramadhan 1431H.

7 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 17 Ogos 2010:

Aik..... para jumaah sudah mula susut sedikit. Tiada kekeliruan lagi bahawa seperti selalunya para jumaah akan lari lintang pukang dari masjid dan yang tinggal cuma hard core 'kaki masjid' sahaja. Ini adalah telahan awal.

10 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 20 Ogos 2010:

Wau.......kehadiran jumaah walaupun berkurangan sedikit tetapi masih tidak menunjukkan kesusutan yang ketara. Para jumaah secara statistiknya masih ramai.Tidak ramai sangat yang lari.

20 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 30 Ogos 2010:

Para jumaah masih ramai. Suasana masjid sangat meriah.

30 Ramadhan 1431 Hijrah:

Kehadiran jumaah masih membanggakan terutamanya dari kalangan remaja. Ramadhan 1431H adalah satu fenomena, sekurang-kurangnya di Masjid Ubudiah, Ampang. Seronoknya Ramadhan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."