Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 22 Oktober 2011

kamu dan mereka

kawan
andainya kamu keluar dari bilik ini
jangan masuk semula
kecuali berdehem
kerana, seperti kamu
mereka juga menelanjang aib kawan
sebaik daun pintu tertutup rapat.

kawan
jika kamu dihimpit susah
jangan adu kepada mereka
kerana, seperti kamu
mereka juga akan berkata;
"itu masalah kamu,bukan masalah kami".

kamu
dan 
mereka
seperti tidak lagi ada agama.

8 ulasan:

  1. Tuan,

    tersurat...ni
    di sebalik rungkaian yang bersirat..
    hmmmm...hehe

    BalasPadam
  2. Saudara UjangKutik,

    "itu masalah kamu,bukan masalah kami".

    Masalah kamu akan menjadi masalah kami di dunia dan akhirat.

    Di dunia. Kami(yang berada/mewah)akan sentiasa hidup dalam ketakutan kerana bimbang harta kami akan disamun atau dirompak oleh kamu.

    Di akhirat. Menjadi masalah kami untuk berdepan dengan Rabbul Jalil apabila hak kamu (zakat/sedekah) tidak kami berikan.

    BalasPadam
  3. SDr theolrascal,

    Tuan,

    Betul, itu adalah salah satu 'extraction' dari kehidupan seharian.Kadang-kadang kita juga pelaku.

    Itu tidak baik.

    Lagi satu. Malam tadi saya di Muara,North Port secara tidak sengaja.Ingat nak pergi tempat lain.Panjang ceritanya. Sayangnya taukeh Muara yang kaya raya itu tidak menyediakan tv. Tak dapatlah Den tengok NS-T-Team. Kawan SMS, Syafiq Rahim tetap score malam tadi.

    BalasPadam
  4. Sdr PakMail,

    Tuan,

    Memang betul. Kedua-dua perkara itu tidak baik dan menyalahi hidup beragama.Kadang-kadang kita juga mungkin terlibat sama.

    Sebagai orang Islam,ada komitmen kita kepada saudara seagama.

    BalasPadam
  5. Tuan,

    Restoran Muara di tanjung harapan tu buat beberape ketika sudah tidak menjadi pilihan lagi..mahal dan kualiti yg menurun...

    Tahniah NS..dan.. Trengganu pula bermain lebih baik pada kedua dua perlawanan timbal balik peringkat semi final.

    Kelebihan Safiq Rahim tidak dapat membantu kese
    lurahan pasukan yg tidak perorform..alahai selangor..

    BalasPadam
  6. Sdr theolrascal,

    Saya setuju. Kami sekeluarga sependapat cita rasa makanannya biasa-biasa sahaja. Mungkin kami terpengaruh dengan fakta 'our-dated'.

    Fenomena alam di Tanjung Harapan mengimbangi kekurangan ini.

    BalasPadam
  7. salam Bang,, tadi pagi .. Lan bongko datang ko Cafe tompek den jualan,,,, hehhehe den tanyo dio.. konal tak ujang kutik ,, dio cakap kona,, org chonkau ulu keteh ,,,, siap sobut namo abg laie ,,,,,

    BalasPadam
  8. Sdr Pak Oncu,

    Betul ko. He...kocik botul dunia ni.Ya, orang nyo hitam manih. Dulu masa budak-budak, badannya togap - macam kaki pukul. Kok jumpo lai tolong mintak nombor telefonnya.

    Ese tak jumpo dio puluhan tahun. Sejak dia habis form 3.Nama betulnya Ese tak berapa ingat. Tapi ada bunyi-bunyi Lan di hujung namanya. Mungkin Mazlan... Mengikut kawan sekampungnya Taha(Mohd Taha Zaki), dia usung kayu golf sekarang. Ya, dia main golf.

    Hebat jugo ex-class monitor ese ni.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."