Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 21 November 2011

dua orang anak muda

Ahad, 20 November 2011, saya melunaskan  jadual hari minggu @ hari cuti. Seawal pagi, saya perlu menunaikan tanggungjawab 'routine' hari minggu @ hari cuti. Insya Allah saya akan dedahkan apakah tanggungjawab tersebut pada satu entri yang akan datang. Kalau perlu saya akan tunjukkan gambarnya sekali!

Sebenarnya, banyak jugalah aktiviti kami sekeluarga jalani pada hari ini - ke pasar, pergi jemputan perkahwinan, tukar tayar kereta dan lain-lain. Bagaimanapun, di antara banyak-banyak aktiviti tersebut saya ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman saya dengan dua orang anak muda: 

Anak Muda Pertama:

Setelah selesai membeli keperluan barangan dapur yang 'out of stock' kami sekeluarga singgah di sebuah restoran Mamak. Ramai juga pengunjung pada petang tersebut. Kebanyakkannya berbual kosong. Ada juga yang melayari internet.  

Ketika saya sedang seronok meneguk teh tarik Mamak yang kononnya diadun dengan 30 jenis ramuan spesis daun teh, meja kami didatangi oleh seorang pemuda Tionghwa. Anak muda yang berusia 20-an dan berpakaian kemas itu memberi salam. Kami membalas salamnya dengan teragak-agak. 

Pertama-tama dia telah mengingatkan kami bahawa dia bukan hendak memohon sumbangan. Sebaliknya, dia hendak memperkenalkan sejumlah produk RSB (Rezeki Saudara Baru) iaitu Car Hanger, Tasbih Cincin Digital,Booklet Asma Husna dan Jam Dinding (Berayat). Harga setiap satu ialah RM10.00. 

Saya telah 'membeli' Tasbih Cincin Digital. Setelah membayar RM10.00, baru dia mengeluarkan surat sokongan dari satu agensi dan juga dokumentasi mengenai latar belakangnya.  Saya faham nawaitu dia dan berpuas hati. 

Mengikut kefahaman saya, anak muda Tionghwa itu ikhlas dan berada di jalan yang betul di dalam menekuni agama yang baru dianutinya. Dia muda,berilmu dan memiliki ilmu komunikasi yang baik (fasih berbahasa Malaysia). Di dalam hati saya berkata," Selamat datang anak muda. Anak ku, saudara baru saudara saya."

Anak Muda Kedua:

Jumaah di sebelah kanan saya ketika solat fardhi Isyak ialah seorang anak muda berketurunan Rohingya Myanmar. Saya agak umurnya belum sampai lagi dua puluh tahun. Dia memakai jubah hitam. Di dagunya terhias sejemput janggut.

Pada awalnya kekusyukkan kualiti solat saya amat terganggu. Anak muda ini menggunakan jenis minyak atar yang aromanya amat tidak menyenangkan. Saya yakin syaitan turut bekerja keras menambahkan 'amarah' dan ketidakselesaan saya. 

Bagaimanapun, perasaan saya mendapat pencerahan di penghujung solat. Oh, hebatnya anak muda ini. Pada usia di mana anak-anak muda kita begitu asing dengan masjid, dia pula datang dengan segala kemampuan dan kefahaman untuk menjadi hamba Allah yang baik.

Bukankah kita digalakkan menggunakan wangi-wangian ketika solat? Dia mematuhi tuntutan itu berdasarkan kemampuan dan kefahamannya. Dia hebat.        




     

6 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    Saya perhatikan kekadang hari minggu@hari cuti lagi sibuk dari hari lain...haha..

    Bagaimanapun dua pemuda itu bukan dari spesis kita ye...

    BalasPadam
  2. Saudara UjangKutik,

    Mudah2an amalan baik begini dapat kekal sehingga ke akhir hayat. Sama ada terhadap dua anak muda itu dan juga kita yang telah mencecah usia separuh abad ini.

    Amin......

    BalasPadam
  3. besttttt bilo nak datang minum kat cafe d merdeka. yg tolotak di dalam kawasan ghombau city council .. datang lahh ,,

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Dendam dgn Si Indon sudah terbalas.Syabas!

    Semoga trend anak-anak muda Tionghwa atau India yang segak dan educated tertarik kpd kehebatan Islam akan berkembang.

    BalasPadam
  5. Sdr Pak Mail,

    Sudah lama tidak mendengar berita dari tuan.

    Semoga kita yg senior lebih baik dari anak muda.

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Oncu,

    Kita telah dua kali menang.Pertama-Piala Malaysia 2011. Kedua - Sukan SEA 2011.Kita seronok.

    Saya selalu balik hujung minggu.Hari Ahad buka kah?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."