Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 4 Mac 2012

maafkan aku

bukannya aku berkira sangat
atau kedekut
atau terlalu susah
mencampakkan seringgit dua
dalam tong derma mu
di pintu bank itu

tidak juga
kucing-kucing ku kelaparan
kerana seringgit dua
yang diinfakkan 
atas nama sadakatul jariah
membina masjid di kemboja
anak yatim afghanistan
madrasah di patani

ini kota paranoid
nuansa baik dan jahat
ikhlas dan penipu
ikhwan dan musuh 
tidak terlihat garis ufuknya

maafkan aku. 



ampang point
2 march 2012

8 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Saya tidak pandai menulis sajak atau puisi. Tapi saya amat menyukai mendengar seseorang mendeklamasi sajak.

    di radio saya pernah mendengar seorang bukan Melayu yang bernama Lim Swee Ting mendeklamasi sajak. Berkesan dihati. Walaupun tidak banyak mengerti.

    Sajak saudara ini juga saya masih kabur. Sedang cuba untuk dimengertikan.

    Maafkan saya kerana kelemahan mengupas erti puisi ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Terima kasih kerana sudi mengikuti catatan saya.

      Padam
  2. Bang yg den ni... sapo lak nak infaq pada den?? den termasuk asnaf jugak tau hehhehehehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Oncu,

      Pak Oncu tak boleh terima sobab boleh membuat permohonan terus ke PUNB. Bukankah bos PUNB tu oghang kampung kito?

      Padam
  3. Salam Saudara Ujang,

    den pun selalu dalam delima bilo menghadapi situasi ini mencari ikhlas dalam menginfak sedikit rezeki utk sadakah jariah....walaupun pun sudah tau dan pasti bahawa ianya menjadi harta abadi akhirat nanti....

    BalasPadam
  4. Sdr azmnor,

    Waalaikomsalam.

    Bak kato kawan den yg alim sikit, kok was-was pun jangan sampai kito marah dan maki hamun mereka. Mungkin mereka ikhlas atau terdesak sehingga sampai ke tahap meminta-minta.

    BalasPadam
  5. Salaam pengenalan,

    Tanpa haluan saya tiba disini. Bila saya baca pengenalan diri, dan dua penulisan terakhir, saya nampak gambaran berrikut tentang penulisnya; seorang yang kental dengan 'kedaerahan' dan seorang yang pandai persajak. Yang mahir bersajak selalunya seorang yang mempunyai perasaan mendalam - tidak pula sebaliknya.

    Bila sudah tertarik dengan permulaan itu saya ingin tahu lebih lanjut, dan baca penulisan yang lama lama. Rupa-rupanya bukan sahaja kedaerahan tetapi kental dengan perasaan sedih melihat apa yang sedang berlaku terhadap bangsa. Saya mula mencari kalau kalau ada alamat email untuk menyatakan perasaan saya. Sayang tiada. Jadi cukuplah dengan apa yang saya dapat lahirkan secara ringkas disini sahaja.

    Sudah bertahun tahun saya mengabdikan diri dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang demi perasaan sedih melihat apa yang tuan perhati - keruntuhan satu bangsa yang penuh keagungan diri tanpa menyedari hala tuju. Memang Tuhan yang mengizinkan. Cuma kita yang membuat kesilapan, kehilangan ajaran yang termaktub dalam Buku Nya. Saya sedih.

    Email saya berada dalam blog saya untuk mereka yang ingin menyatakan sesuata yang tidak ingin diperkatakan untuk baxcaan umum. Sekianlah.

    Salaam hormat dari Pakcik (Aalmanar)

    BalasPadam
  6. Tuan Al-Manar,

    Datangnya tuan ke blog saya adalah takdir.Saya sangat berbesar hati di atas kesudian tuan meluangkan sedikit masa membaca catatan-catatan yang seadanya dalam blog saya. Terima kasih.

    Saya telah membaca beberapa catatan dalam Al-Manar. Ternyata sangat bermaklumat, membekas dan menyerlahkan satu kaedah mengabdikan diri kepada Allah yang kurang diketahui oleh orang ramai.

    Inilah yang saya takuti dengan memohon maaf "Maafkan Aku" dalam lewat sajak saya. Secara umumnya, naluri manusia hendak membuat kebaikan.Namun,senario dunia hari ini membuatkan amat susah untk berbuat baik dengan mudah.

    Insya Allah, semoga kita berhubung lagi pada masa akan datang. Saya juga telah menyimpan alamat e-mail tuan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."