Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 24 Mei 2012

debat : yb kj tidak menang,rafizi ramli tidak kalah

Ketika catatan ini ditulis, isu debat YB KJ dengan Rafizi Ramli mungkin tidak sehangat sehari dua yang lalu. Namun demikian, impaknya masih dirasakan. Tiada sesiapa yang dapat menafikan hakikat ini.
Sebilangan mereka yang tidak mengenali Rafizi Ramli, awal-awal lagi telah merumuskan bahawa beliau akan diratah oleh Ahli Parlimen Rembau itu. Namun demikian, kesudahan debat tersebut jauh tersasar dari jangkaan orang ramai.
Kecuali kepada penyokong kedua belah pihak yang terlalu tegar, saya percaya majoriti rakyat yang mengikuti debat tersebut tidak akan memenangkan salah seorang daripada mereka – YB KJ tidak menang, Rafizi Ramli tidak kalah.
Yang menang ialah kita, rakyat negara ini!
Penyokong yang siuman dan mengagumi YB KJ tidak akan membenci Rafizi Ramli setelah selesai menyaksikan debat tersebut. Dan begitulah sebaliknya kepada penyokong Rafizi Ramli. Mereka tidak perlu lagi membenci YB KJ. Kedua-dua mereka ialah pemimpin masa hadapan yang dinamik.
Kenapa? Kerana mereka amat tertib semasa berdebat. Butir-butir yang dilontarkan bernas dan meyakinkan. Mereka tidak memperlihatkan tingkahlaku hodoh seperti yang biasa dipertontonkan oleh pendebat senior sebelum ini – menjerit, mencarut, memotong cakap pendebat lain dan sebagainya.
Kenapa? Kerana mereka ialah anak-anak muda cerdik (genius?) yang cemerlang dan hebat dalam akademik, kerjaya dan lain-lain penampilan.
Sesungguhnya, senario ini tidak banyak mempengaruhi keyakinan berpihak kita. Namun demikian, kita seronok dengan persekitaran baru yang cuba diwujudkan oleh kedua-dua tokoh muda tersebut.
Katakanlah YB KJ tidak menang, Rafizi Ramli tidak kalah. Atau, Rafizi Ramli tidak menang, YB KJ tidak kalah.   

6 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Saya tidak menonton perdebatan tersebut. Namun, dari apa yang saudara sampaikan YB KJ telah menunjukkan kematangan beliau di dalam arena politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Kita, rakyat, berhak mendapat layanan sebegini - mendengar dan menilai pendapat dan pandangan dua hala.

      Kebanyakkan rakyat bukannya tegar dan taksub sangat kpd sesuatu pihak.Mereka boleh mendengar dan berbeza pendapat.

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Ini bukan kali pertama mereka ini bertemu sebelum ini mereka juga telah berdebat di UK.

    Saya juga menyesaksikan perdebatan YbKJ dengan Datuk Ambiga yang di anjurkan oleh The Malay Mail.

    Saya ingin pula melihat Saudara Rafizi pula berdebat dengan personaliti selain YbKJ.

    Saperti tuan saya juga mengkagumi kedua dua nye. Mereka ada lah orang muda yang hebat dan terpelajar. Seorang dari Cambridge dan seorang lagi dari Oxford.

    Saranan tuan bersifat neutral'' Katakanlah YB KJ tidak menang, Rafizi Ramli tidak kalah. Atau, Rafizi Ramli tidak menang, YB KJ tidak kalah. ''....kemenangan tetapdi berada hati penyokong masing2.

    hmmmm...bila lah nak pilihanraya ye...ekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Menulis secara 'neutral' bukan disebabkan takut atau mengambil hati pembaca.Kota keyakinan dan berpihak seseorang tidak akan dapat dirobohkan.Mungkin jauh lebih susah dari merobohkan kota Melaka.

      Kita akan syok sendiri jika asyik menyokong individu yg sekapal secara keterlaluan. Ditambah pula dengan memburuk-burukkan pihak yg tidak kita sukai. Pembaca meluat.

      Bukan sedikit bilangan individu pada kedudukkan makam 'tokoh' menjadi 'hina' kerana emosional dalam berpihak.

      YB KJ dekat di hati - Bijak,'Orang Kampung saya' dan MP orang kampung saya. Rafizi dekat di hati - Bijak dan sangat berani.

      Tuan, 'berkocak ikan di air, tahu jantan betinanya'.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."