Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 30 September 2012

BAJET 2013

Bajet 2013 selamat dibentangkan oleh YAB PM pada Jumaat, 28/9/12 yang lepas. Ketika ini akhbar, samada arus perdana atau akhbar alternatif (pembangkang) masih membincangkannya. Biasalah - arus perdana, puji; pembangkang, keji.   
 
Rentetan itu, wartawan akan menemuramah beberapa orang individu, termasuk tokoh tertentu dan penjual roti canai. Biasalah - kalau yang ditanya itu tokoh politik pemerintah atau pegawai-pegawai kerajaan, maka jawapannya pasti, iaitu bersetuju dan menyokong bajet 2013; jika yang ditanya itu pula ialah tokoh-tokoh ahli politik pembangkang, maka jawapannya mesti tidak bersetuju dan memperlekehkan bajet 2013 yang dibentangkan.
 
Namun demikian, golongan bawahan seperti penjual roti canai, peniaga pasar malam, kakitangan rendah swasta dan yang seumpamanya, ada sedikit kekecualian. Pendirian golongan ini banyak dipengaruhi oleh status akhbar yang menemuramah mereka. Kalau akhbar arus perdana - memuji. Kalau akhbar alternatif - mengeji.
 
Itulah berita-berita yang dibaca oleh pembaca di akhbar arus perdana dan di akhbar alternatif. Itulah berita yang dibaca oleh seorang professor dan juga kerani cabuk!
 
Adakah perlu kita membaca berita yang tidak ada nilai langsung itu kerana individunya telah 'dikasi akal' dan dirobotkan? Atau adakah perlu kita bertanyakan kepada anak-anak kita yang belajar di 'School of Business, Universiti Harvard (jika ada anak kita mengaji di situ) untuk mendapatkan gambaran sebenar kebarangkalian Bajet 2013? 
 

1 ulasan:

  1. ujang kutik,

    ahahahaha.. macam ni conclusion saya..

    '' as I grow older, I pay less attention to what men say. I just watch what they do.''

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."