Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 28 September 2012

KITALAH KAKI LEPAK NO.1

KERANA lokasi Avenue Ampang, di Ampang, Selangor adalah laluan saya berulang-alik rumah-pejabat dan pejabat-rumah, sekali sekala dalam perjalanan balik ke rumah saya singgah (lepak?) di sebuah restoran mamak paling popular di situ.  Restoran tersebut berhadapan dengan premis perniagaan Dato' AC Mizal. Bersebelahan dengan premis Dato' AC Mizal tetapi di lain blog ialah Restoran PappaRich.

Membandingkan populasi pengunjung di restoran mamak dengan PappaRich, sepatutnya membolehkan Orang Melayu meghisab status terkini bangsa sendiri secara belum diedit tanpa perlu adanya pihak yang mendakwa kita sudah berjaya dan pihak yang lain pula mempertikaikannya. Pengunjung Melayu tidak ramai di restoran jiran restoran mamak itu.

Tidak syak lagi bahawa pengunjung tegar restoran mamak @ kaki lepak No.1, yaani orang Melayu yang berduyun-duyun dan berlambak-lambak memeriahkan restoran mamak akan berduyun-duyun pula beralih ke restoran ekslusif seperti PappaRich apabila berkemampuan suatu hari nanti. 

Sehubungan ini, kerana kebanyakkan di kalangan kita masih belum berkemampuan lepak di restoran berjenama ekslusif, kita Orang Melayu terpaksalah memeriahkan restoran-restoran mamak secara sepenuh masa - siang dan malam.

Mutakhir ini ketika pilihanraya umum ke-13 sangat hampir, ungkapan seperti 'Menang Sorak Kampung Tergadai' bermain di bibir-bibir ahli politik. Dapatkah kita fikirkan satu ungkapan alaf generasi 'Y' yang sepadan dengan makam ungkapan tersebut untuk mengingatkan betapa tidak perlunya menghabiskan masa berlabuh di restoran-restoran mamak? Bolehhkah kita takut-takutkan kaki lepak tegar restoran mamak bahawa "Restoran Mamak Penyebab Masalah Penduduk Bandar'? Selain dari membuang masa, restoran mamak boleh menyebabkan penduduk bandar mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis - tidak dapat bersenam dan bahaya gula dalam teh tarik. Terlalu lama menghabiskan masa di kedai mamak juga menyebabkan kualiti institusi kekeluargaan terganggu.    

Ahli-ahli politik Melayu mungkin boleh menggunakan pola populasi Orang Melayu di restoran mamak dan peningkatan pengunjung Melayu ke restoran ekslusif sebagai KPI ( Key Performance Indicator ) parti masing-masing. Kadang-kadang dalam hidup kita mungkin perlu berfikir 'segila' ini!      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."