Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 16 November 2012

AMERIKA, OH AMERIKA


Blog senaif ‘ujang kutik’ mungkin tidak mendapat tauliah untuk membincangkan isu-isu ‘berjenama’ atau berstatus bintang. Contohnya, isu Ketua Agensi Perisikan Amerika (CIA), David Petraeus yang baru-baru ini bukan sahaja menggegar Amerika tetapi juga dunia seluruhnya. Juga, mungkin tidak layak mengajak pembaca merenung sisi professional dan ‘gentlemannya’ dua koboi matador Amerika, Barrack Obama dengan lawannya, Mitt Romney, apabila keputusan pilihanraya presiden baru-baru ini diketahui.

Isu-isu seperti itu seolah-olah telah digazetkan sebagai milik ekslusif blog-blog ternama milik  golongan cendekiawan atau tokoh-tokoh ternama yang mempunyai pengikut yang tersendiri. Ada segelintir blog-blog tersebut meletakkan ‘anjing pengawal’ di pintu blog masing-masing – “ Jika awak tidak sependapat dengan buah fikiran tuan punya blog ini, minta keluar!” Namun demikian, pembaca masih menghampirinya kerana adanya tarikan.   

Saya sangat-sangat berbesar hati jika anda masih membaca catatan di blog ini. Teruskanlah membaca, semoga di akhir catatan ini, ada mesej yang boleh kita kongsikan dan sepakati.

Bab 1 : Pemilihan Presiden Amerika:

Era dunia tanpa sempadan memungkinkan penduduk dunia mengikuti perjalanan pilihanraya presiden Amerika baru-baru ini. Pilihanraya di negara yang diuar-uarkan sebagai polis dunia dan pencetus kepada konflik di  serata dunia tersebut dirasakan berlaku dengan santun dan pantas. Kedua belah pihak yang bermati-matian berkempen melakukannya dengan kewajaran. Tidak ada huru-hara.

Kemuncak kepada semua kewajaran tersebut ialah tindakan yang meremangkan bulu roma oleh kedua-dua calun selepas keputusan pilihanraya diketahui.

Yang menang, Obama, telah menyantuni seteru politiknya. Selain dari menghargai Matt Romney, beliau mengaku berlakunya kempen yang hebat (ganas). Namun demikian, beliau berkata bahawa semuanya itu dilakukan kerana kecintaan kedua belah pihak yang teramat sayang kepada negara tercinta mereka, Amerika.

Begitulah juga di pihak yang kalah, Mitt Romney. Beliau menerima kekalahan dengan berlapang dada. Gugus-gugus kata beliau matang selepas dikalahkan. Beliau dan isterinya juga mengharapkan kebaikan kepada Obama, isteri dan anak-anaknya (Obama).  

Bab 2 : Skandal David Petraeus

Kita mengetahui betapa bejatnya institusi keluarga di Amerika. Saban masa kita disogokkan dengan kisah-kisah seks, hubungan sejenis, dadah dan sebagainya. Kita beranggapan jenayah seks tidak ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Amerika. Kononya, ‘Itu bukan budaya kita!’

Hakikatnya, bekas presiden Amerika, Clinton, pernah dimalukan kerana skandal seknya ketika beliau di puncak kuasa. Dan, baru-baru ini Ketua CIA, David Petraeus, meletakkan jawatan secara ‘terhormat’ kerana onar yang dilakukannya sendiri. David Petraeus tidak perlu memekakkan telinga seperti yang dilakukan oleh sesetengah tokoh di negara-negara bukan Amerika untuk menyelamatkan jawatan yang dipegangnya. Beliau mengetahui tindakan yang sepatutnya dilakukan.

Penutup:

Tanpa menafikan kejahatan Amerika dalam beberapa perkara, catatan ini adalah mengenai di antara sisi ‘cantiknya’ Amerika. Di sesetengah negara, perbezaan politik boleh berlanjutan sehingga menjadi permusuhan tujuh keturunan. Di sesetengah negara juga, seseorang pemimpin negara atau ketua agensi akan mempertahankan kedudukkannya sehinga ke ‘titisan darah terakhir’ walaupun telah ada bukti-bukti jelas mensabitkan onar yang dilakukanya. Sekurang-kurangnya, dua contoh yang diketengahkan, memperlihatkan ‘kecantikan’ Amerika.

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Saya bentangkan 'karpet merah' untuk blog Ujang Kutik menuju ke dunia tanpa sempadan.

    Dunia cyber yang tidak mengukur kecil atau besar yang jauh mahupun yang dekat dan sumber pengatahuan yang boleh di capai oleh sesiapa pun dimana saja.

    ekeke...

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Terima kasih kerana sentiasa 'bersama saya' ketika senang & susah. He..he..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikom Pak Oncu,

    Pak Oncu bagai halimunan atau sedang bertapa di Gunung Datuk.

    T.Kasih kerana masih ingat ese.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."