Pengikut

Assalamualaikom

Tiga orang anak kampung digelar "KUTIK". "KUTIK" tidak pernah diketahui maksudnya. "KUTIK" kekal misteri......

Selasa, 1 Januari 2013

AMERIKA : BENCI TETAPI SUKA


SUATU KETIKA DAHULU APABILA DITANYA KEPADA KANAK-KANAK YANG
LAHIR PADA TAHUN 50-an, 60-an DAN AWAL 70-an;

Siapa hero? Askar Amerika!
Siapa Orang Jahat? Askar Jerman!
Atau,
Siapa musuh, Amerika atau Rusia? Rusia jahat!

Itulah jawapan mutlak yang dijawab tanpa was-was. Tidak ada kekecualian, samada mereka (kanak-kanak itu) itu sekarang seorang buruh, seorang Ketua Kerani atau seorang Ketua Pengarah. Itulah jawapannya. Standard!

Namun demikian, berdasarkan ‘kejahatan’ Amerika di Iraq , Afghanistan dan juga peranannya sebagai sekutu nombor satu Israel, tanggapan anak-anak hari ini dan Orang Islam keseluruhannya terhadap Amerika telah berubah. Kemuncak kemarahan kita terhadap Amerika ialah semasa Presiden J. Bush berkuasa. Amerika mula dilabelkan sebagai ‘Sejahat-jahat kuasa di atas planet ini.’ ‘Jelmaan jembalang.’

Kita masih terngiang-ngiang lagi ungkapan samseng dan ancaman Bush terhadap negara-negara yang tidak menyokong atau berpihak dengan Amerika ketika Perang Teluk yang berbunyi, “ With us or without us.” Ketika itu kita juga membayangkan bahawa dengan menekan satu butang sahaja sebuah negara yang jaraknya beribu batu dari pusat sasaran akan musnah. Bayangan itu bukannya satu halusinasi. Kita telah melihat kemusnahan di Iraq.

Sungguhpun selepas era Bush amarah dan kebencian kita terhadap kuasa besar itu telah reda sedikit, kita masih menganggap Amerika sebagai bukan kawan sebenar kerana peranannya yang berterusan membantu dan melindungi Israel dan juga sekali sekala mengacau ganggu negara-negara lain khususnya negara-negara Orang Islam.

Di para akhir ini saya terpaksa juga mengitar semula ayat-ayat klise mengenai Amerika: “Walaupun Amerika dibenci, kehadiran roh Amerika ke dalam batang tubuh negara-negara yang membencinya terus mencengkam dan tidak terhindarkan. Mereka masih menggunakan dengan megah, yakin dan rasa tidak bersalah produk Amerika dan sekutunya Israel  – gaya hidup, berpakaian, hiburan, makanan, teknologi dan hampir semua keperluan daya diri.”

Pembenci Amerika umpama seorang yang mengejar musuhnya untuk dipukul, tetapi tidak berani berbuat apa-apa apabila musuh itu berhenti berlari dan menunggunya!

 

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Amerika Syarikat,walau siapa pun yang akan menjadi presiden nye tetap lah akan mempunyai dasar luar yang sama. Polisi yang mahu menentukan segala nye dan demi menguasai dunia.

    Keputusan yang di capai pada persidangan bangsa2 bersatu pun tidak bererti apabila kuasa2 besar masih ada kuasa veto untuk tidak tunduk pada kehendak ramai.

    Buat masa ini selepas USSR kebimbangan Amerika Syarikat akan tertumpu kepada potensi yang amat besar negara China sebagai kuasa besar.

    Secara guruan ..hanye Thailand saja yang mampu 'menundukan' kan kuasa besar ini dalam sagala perbincangan..ekeke.



    BalasPadam
  2. Sekarang ini idola mereka adalah K-POP!

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Benar, polisi mereka tidak banyak berubah khususnya yang membabitkan Israel.

    Siapa pon berkuasa di Rumah Putih, 'pembinaan jambatan','pemasangan tiang letrik' di kawasan lawan tetap diteruskan. He..he..

    Sungguhpun demikian, naluri kemanusiaan dan kebaikan di kalangan rakyat mereka banyak juga yang kita kagumi.

    BalasPadam
  4. Sdr IM,

    Kegilaan terhadap genre muzik K-Pop tidak akan bertahan. Dunia akan mencari muzik Amerika semula.

    P/S: Lokasi penutupan JIM di Cheras yg saudara hadhiri tidak jauh dari rumah saya.

    BalasPadam
  5. bang please call me at my opis ,,, 06 685 5131

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."