Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 5 Januari 2013

KRISIS BEKALAN AIR DI LEMBAH KLANG: BAB 2

Pagi ini, Sabtu, 5/1/13, setakat 8.27 pagi, marathon derita kerana tidak mendapat bekalan air di kawasan perumahan saya dan berpuluh-puluh kawasan perumahan lain di Lembah Klang masih berterusan. 
 
Catatan ini bukannya hendak meluahkan penderitaan dan kepayahan kami kepada sesiapa.
 
Apa yang hendak saya maklumkan ialah kronologi sebab musabab berlakunya 'malapetaka' yang telah memasuki hari ketiga (di kawasan perumahan saya). Tiada khilaf lagi bahawa pihak yang paling bertanggungjawab dalam perkara ini ialah SYABAS. Sebab itulah syarikat tersebut tampil memberi penjelasan mengenai kedudukkan sebenar berlakunya perkara ini. Kita lihat kronologi rengkas mengenai perkara ini: 
 
Kronologi Satu:
 
SYABAS mengaku bahawa sebab utama berlakunya adalah berpunca dari kerosakan beberapa buah pam secara serentak. Selain itu SYABAS juga melibatkan Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh bekerjasama dengan syarikat itu dalam memperbaiki sistem pengurusan bekalan air di Negeri Selangor.
 
Kronologi Dua:
 
Kerajaan Negeri Selangor melalui Exconya pula telah mempertikaikan keberkesanan SYABAS mengurus bekalan air terutamanya dalam bidang teknikal. Exco tersebut mempertikaikan bagaimana sebuah syarikat besar seperti SYABAS tidak menyediakan 'back up pump' boleh guna untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
 
Kronologi Tiga:
 
Seperti senario biasa di negara ini, muncul tokoh-tokoh dan juga rakyat jelata biasa di muka-muka akhbar dan television mengeluarkan pendapat dan tuduhan untuk cuba 'menyelesaikan' masalah yang dihadapi.
 
Kronologi Empat:
 
Rakyat jadi mangsa!    
 
Inilah masalah kita sebenarnya. Sebab-sebab fundamental sesuatu perkara tidak lagi diambil peduli. Yang diutamakan ialah saling menuduh dan 'membelasah' di kalangan pihak yang bertanggungjawab dan sesama warga pada setiap peluang yang terluang. 
 
Oh, Ampang ku!

6 ulasan:

  1. Polimik antara Syabas dan Kerajaan Selangor itu satu perkara. Akan tetapi tidak adakah usaha dari pihak penduduk untuk 'memanjat' tangga Syabas atau Kerajaan Selangor supaya sediakan bantuan air.

    Kan Kerajaan Selangor kata sebenarnya ada banyak air dan akan sediakan bantuan kepada rakyatnya?

    Huu... Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah...

    BalasPadam
  2. ujang kutik,

    ..ada saya blogkan seketika dulu , semasa mereka bertelagah isu air.
    Saya tulis air ni jangan di jadikan isu politik. Berpakat lah baik2 nanti padah nye pada kita rakyat.

    Dah terjadi ni..saya sampaikan lah rasa simpati saya pada penduduk ampang dan sekitarnye..itu jer lah yang termampu dari saya..alahaiii.

    BalasPadam
  3. Sdr IM,

    Mereka ini berpolitik secara tidak beretika. Perlu diingat, Selangor telah dinobatkan sebagai Negeri Maju.Satu lagi Negeri Melaka.

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Benar, ramalan tuan benar belaka. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    Bagaimanapun, terima kasih kerana mengongsi simpati. Selangor, negeri kita tuan.

    BalasPadam
  5. salam ujangchengkau,

    Permasalahan yg sdr hadapi adalah berpunca dari masalah besar yg tidak dapat diselesaikan oleh Syabas dan kerajaan Selangor sejak beberapa tahun dahulu. Sesungguhnya industri air di Lembah Kelang haruslah ditangani dengan baik agar rakyat tidak dianiaya.

    Saya harap Uajangchengkau dapat membaca kupasan saya tentang perbekalan di lembah kelang dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi. Ia tidak memihak kepada rakyat, Syabas atau kerajaan selangor, tetapi berdasarkan fakta-fakta, kerana kami sebagai jurutera hanya melihat facts & figures sahaja.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Megat Hisemudin,

      Waalaikomsalam.

      Terima kasih kerana memberi perhatian ke atas luahan saya mengenai 'tragedi' yang telah mengacaubilaukan rakyat Selangor khususnya di kawasan-kawasan terlibat seperti di Ampang.

      Secara kebetulan 'tragedi tersebut berlaku ketika negara sedang menunggu datangnya PRU 13. Tidak dapat dielakkan bahawa ianya telah menjadi modal' kepada kedua belah pihak. Mereka menangguk di air keruh.

      Mangsanya, rakyat.

      Amat malang, kita tidak dapat lagi membenarkan kebenaran yang tidak menguntungkan atau berpihak kepada kelompok kita. Hatta, pendapat yang berdasarkan disiplin ilmu sekalipun tidak ada nilainya lagi jika datangnya dari seseorang/pihak yang ada sekelumit kecondongan berpihak yang tidak dapat disembunyikan ketika mengutarakannya.

      Semoga dengan kelebihan tuan dan juga tag line 'bebas dan berkecuali' yang tuan 'perjuangkan' akan menyedarkan pihak yang selama ini memandang serong kebenaran yang tidak menguntungkan survival pihak mereka.

      Saya telah membaca kupasan tuan. Walaupun saya tidak terlatih di dalam disiplin yang cuba dijelaskan, saya cuba menghadam maksudnya sedaya upaya. Saya boleh memahaminya.

      Terima kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."