Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 6 Februari 2013

blog pro-kontra


Seorang pelawat melabelkan blog saya sebagai blog ‘Pro- Kontra’. Mungkin beliau berpendapat catatan dalam blog saya mengenai politik tidak jelas arahnya. Beliau seperti inginkan saya membuka topeng yang saya gunakan. Di sebelah pihak manakah saya?

Insya Allah, dahulu, kini dan selamanya saya ialah ‘Blogger Separuh Masa-Santai’. ‘Part Time Blogger’ kerdil seperti saya tidak sesuai dan tidak berkelayakkan untuk bersungguh-sungguh dalam hal-hal politik kepartian. Lainlah kalau saya bekas wartawan terkenal seperti Datuk A.Kadir Jasin, ahli politik YB Saifuddin Abdullah, ahli politik YB Khalid Samad, aktivis politik Hishamudin Rais, Din Merican, penulis politik veteran Hj. Subkhi Latif, MSO, ahli/bekas tokoh-tokoh politik dan lain-lain golongan yang terserlah kehebatan mereka.

Orang zaman sekarang suka menggunakan ungkapan ‘ Maklumat Di Hujung Jari’ sehingga ungkapan itu telah menjadi kata-kata klise . Pembaca yang inginkan info-info panas dan ‘power’ mengenai politik dengan mudahnya boleh melayari laman-laman maya politik. Terpulanglah samada hendak menerima dengan bulat-bulat atau menyaringnya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, disamping cenderung membaca blog-blog politik kepartian, saya dan mungkin ramai lagi pembaca inginkan lebih dari itu. Golongan ini tidak memperdulikan latar belakang kecondongan politik seseorang tuan punya blog.  Apa yang dimahukan ialah tulisan dan pendekatan yang adil dan tidak ‘bias’.  Di lain perkataan, blog tersebut walaupun dimiliki oleh penyokong kuat sesebuah parti politik tetapi ‘entrynya’ kelihatan adil, berkecuali dan bermaklumat.

Adakah lagi blog spesis ini di atas muka bumi ini?

Saya pernah mengikuti beberapa blog-blog seperti ini. Malah, saya pernah memuji tuan punya blog kerana kandungan ‘entry’ blog mereka yang meyakinkan.

Malangnya, kebanyakkan blog-blog tersebut tidak mampu berkecuali dalam semua keadaan. Samada secara sengaja atau sebaliknya, akhirnya, mereka juga tidak dapat mengekang ‘kecintaan’ yang tidak berbelah bagi kepada parti yang mereka yakini. Dalam isu-isu tertentu, mereka pun turut sama bersama penyokong fanatik yang lain - memuji-muji parti yang disokong secara berlebihan dan memperlekehkan parti lawan. Sikap ‘professional’ dan ‘gentleman’ yang selama ini dibina kukuh hilang dalam sekelip mata dihanyut arus keyakinan kepartian yang tidak terkawal!   

Penat lelah, sabar dan tekun mengikuti blog-blog yang pada asalnya berwibawa itu berakhir dengan perasaan kecewa kerana dikhianati. Saya tidak lagi mengunjungi blog-blog itu. Ceh! (saya meminjam kata seorang penulis politik veteran untuk menunjukkan amarah beliau semasa menokhtahkan salah satu artikalnya)    

2 ulasan:

  1. hahahahahahhah dulu kini dan selama nya !!! faham faham lah tuna tuan pemcqaba siapa kah ujang kutik ini hahahhahaha !!!!

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Oncu,

    Ese dah agak...bila gunakan ungkapan itu ........

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."