Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 31 Mac 2013

BUSINESS : PEMILIK MY ONE SHOP



MY ONE SHOP
Pemilik My One Shop di premis niaga beliau
Nabi Muhammad (Sallallahualaihiwasallam) bersabda, “ Mencari rezeki yang halal adalah jihad.”

Ketika sampai di ‘premis perniagaan’ anak muda ini yang terletak berhampiran Giant Supermarket Seksyen 17, Shah Alam, Selangor pada jam 2.30 petang, 30/03/2013, saya melihat kenyataan ‘ SOLAT’. Maka, sedarlah saya bahawa anak muda di usia awal 20-an dan beriras keturunan Shah Rukh Khan itu menunaikan solat fardhu zuhur di musalla berhampiran.

Saya menjenguk ‘port’ biasa saya pada sebarang kesempatan ketika ziarah keluarga kakak sulung isteri di Seksyen 17, Shah Alam. ‘Port’ itu, sebuah restoran mamak yang terletak selang dua pintu dari premis anak muda itu. Saya menunggu anak muda ‘pemilik tunggal busines perkhidmatan’ yang pada tanggapan awal saya adalah saudara seagama pendatang di restoran mamak dengan berkawankan segelas teh tarik.

Di dalam restoran yang riuh rendah itu ada berbagai ragam manusia. Sesekali saya menjeling kepada sepasang anak muda di sebelah yang asyik melayan facebook dan melayan kasih. Seorang ‘gentleman’ yang duduk membelakangi saya pula sedang berkarya dengan blog. Ada yang membaca akhbar. Ada yang hu-ha sesama sendiri. Ada juga sekumpulan 3-4 orang berketayap putih rancak berbual sambil menghisap rokok.

Setelah menginjak minit ke-25, anak muda itu masih belum juga balik ke premis niaganya. Panjang juga bacaan wiridnya!  Minit ke-30 dia sampai. Saya menjelaskan bil dan mendekati anak muda itu di premisnya, di kaki lima kedai! Saya bukan berseorang tetapi ada lagi tiga orang pelanggan yang sama tujuan – ‘repair’ seluar ( memotong, menjahit, mengecil, menampal…..). Seketika selepas itu, ada lagi pelanggannya datang menanyakan samada pakaian mereka sudah siap atau belum.

Lumayan! Itulah penialaian saya mengenai perniagaan anak muda yang tidak memerlukan banyak modal itu.

HARGA - Berpatutan
Di ketika dia membaiki tiga helai seluar saya, kami mesra berbual dalam banyak topik yang ringan – Manchester United, Chelsea, Barcelona, Real Madrid (dia tidak berminat dengan bolasepak tempatan sekalipun Selangor tempat dia cari makan), Shah Alam yang cantik dan bersih, rezeki ada di mana-mana…...

Perkhidmatan membaiki seluar saya cuma mengambil masa 10 minit – sehelai potong kaki seluar, sehelai jahit kocek yang jahitannya putus dan sehelai lagi jahit kangkang seluar yang juga dengan masalah sama. Dia kenakan bayaran RM9.00 sahaja. Berpatutan dan jauh lebih rendah dari jangkaan awal saya.

PERMIT
Saya memohon untuk mengambil gambar ‘premis’ dia cari makan. Dia dengan senang hati membenarkan dan memberI kerjasama. Dia ada permit untuk menjalankan perniagaan. Namun, saya tidak sampai hati untuk bertanya samada anak muda itu orang tempatan atau saudara seagama dari luar yang merantau ke negara yang aman damai ini. “ Dia warga negara. Kalau bukan warga negara tentulah dia tidak boleh dapat permit untuk berniaga ”, bisik hati kecil saya. Walau siapa pun anak muda itu, dia seagama, seorang anak muda yang beriman dan mencari rezeki secara halal. 

5 ulasan:

  1. Hello very nice blog!! Man .. Excellent .. Wonderful .
    . I will bookmark your site and take the feeds additionally?
    I'm happy to seek out a lot of useful information here within the submit, we need work out extra strategies on this regard, thank you for sharing. . . . . .

    My web-site: reklamy lubin

    BalasPadam
  2. sorry cuma nak betulkan tempat tu seksyen 18 bukan 17

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,

      Terima kasih. Saya suka tempat itu (Seksyen 18).

      Padam
    2. Tahu take coordinate kedai atau alamatnya

      Padam
  3. Dia juga rajin ke masjid...suami sy suka repair seluar dikedai dia...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."