Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 5 Mac 2013

isu di lahad datu : hentikanlah tuduh-menuduh


Sehingga hari ini, Selasa, 5 Mac 2013, 8 orang anggota pasukan keselamatan kita terbunuh dalam kemelut pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Sabah. Jumlah itu banyak dalam konteks negara kita yang aman damai.

Namun, seperti yang dijangka, dan seperti selalunya, bala yang menimpa itu tidak memenatkan sesama kita bermain politik. Sesama kita tidak menyerap musibah secara sepatutnya – memikul tanggungjawab bersama, mencari kaedah mengatasinya, memperkemaskan pendekatan yang kurang sempurna dan lain-lain.

Anda lihat sekeliling; Surat khabar (arus perdana, parti politik,NGO dan lain-lain), tokoh/individu, blog, tunjuk perasaan, laporan polis atau ceramah politik, hampir semuanya menjurus kepada permainan politik. Kita kurang fokus kepada masalah sebenar tetapi lebih menumpukan kepada tuduh-menuduh yang tidak berkesudahan mengenai andaian sebab-musabab tragedi di Sabah itu.

Dalam kehidupan seharian, seorang yang bermusuhan dengan saudaranya sepanjang hidup, akan datang juga berziarah ‘mayat’ ketika saudaranya itu meninggal dunia. Alangkah eloknya dalam suasana menghadapi musibah ini kita lupakan sebentar perbalahan dan gantikan dengan kasih sayang!

Kalau saya katakan bahawa kebanyakkan masyarakat di negara-negara maju tidak seperti kita ‘melayan’ bala atau malapetaka yang berlaku di negara mereka, mungkin ada di antara anda akan marah atau tidak bersetuju. Mereka tidak tuduh menuduh sesama sendiri secara melampau. Ada di antara mereka meletak jawatan di atas rasa bertanggungjwab. Malah, ada juga yang membunuh diri kerana rasa bersalah.
 
Ibu bapa, isteri-isteri, anak-anak dan sanak saudara yang kehilangan orang-orang yang disayang merasakan mangsa tidak sepatutnya dipisahkan secara tiba-tiba dari hidup mereka sedemikian tragis dalam negara yang aman. Sedemikian, siapa pun kita, hadiahkanlah Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan simpati kepada yang bukan Islam.

15 ulasan:

  1. Kenapa jadi begitu ialah kerana apa yang kita lihat seperti ada yanag tidak kena.

    Belum apa-apa, ada yang jadi kambing hitam.

    Belum apa-apa, demo tanpa fakta yang nyata.

    Cerita sebenar di tutup. yang dilapor di tv hanya yang elok-elok saja.

    Rakyat Malaysia sekarang bukan seperti rakyat zam Jepun dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Inilah senario yang melanda kita. Itulah yang saya katakan 'tidak penat' dan tidak pernah rehat.

      Padam
  2. Saudara Ujang kutik,

    Apakah tiada jalan kedamaian di antara mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Saudara bekas anggota pasukan keselamatan tentunya lebih terasakan betapa remuknya hati waris-waris perajurit kita yang telah gugur. Sebaliknya di luat sana khalayak memperdebatkan kronologi kejadian yang berbagai-bagai.

      Padam
  3. Ujang Kutik,

    Ramai jugak yang jadi Jeneral.
    Jeneral kedai kopi ..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Ulasan pendek saudara memaparkan senario sebenar khalayak berkaitan rentetan tragedi ini. Benar, hampir semuanya adalah berstatus 'Jeneral' atau pakar strategik yang mampu memperincikan 'post mortem' kejadian dengan 'meyakinkan'.

      Banyak perkara yang didedahkan oleh 'Jeneral-Jeneral' tersebut. Sayangnya perkara-perkara itu tidak sesuai didedahkan dalam blog santai ini. Kita pun ada kalanya menjadi 'one off Jeneral'!

      Padam
  4. orang Melayu Islam yg mempertahankan negara,,bangsa lain mana tiada semangat 1malaysia..mungkin ada yg lari keluar negara agaknya bila negara ditimpa musibah..jg sebut suratkhbar arus perdana aje, suratkhabar/blog dipihak pembangkang pun sama juga,kesian pasukan keselamatan yg dikutuk bermacam2 asyik kata konspirasi aje..mungkin ini musibah dari Allah kita tidaka sefahaman dlm islam..

    BalasPadam
  5. Sdr Tanpa Nama,

    "Lupakanlah sebentar perbalahan dan gantikan dengan kasih sayang"..

    "Surat khabar ( arus perdana, PARTI POLITIK, NGO dan lain-lain)".

    Tidak dinafikan bahawa sesiapa pun (termasuk saya dan saudara ada 'bendera' masing-masing) .Namun, catatan saya mengambil sikap berkecuali.

    'Bottle neck' syndrom yang dihidapi bangsa kita sekarang ialah saling salah menyalah. Kecuali berlaku keajaiban, politik saling menyalah tidak akan menyatukan puak-puak yang bertelagah. Sebaliknya, semakin menambah suhu amarah.

    Saya pernah membaca sebuah artikal yang menunjukkan alternatif jalan keluar permasalahan ini iaitu peranan 'PIHAK/INSTITUSI ORANG KETIGA' yang masih dihormati dan disegani oleh kedua belah pihak.

    Salah satu daripada institusi pihak ketiga itu telah ada. Kita juga berharap agar ada pihak/institusi lain selain pihak/institusi sedia ada untuk mendamaikan perbalahan kita supaya tercapai 'Menang-Menang (Win Win Situation)'.

    Remoknya hati waris-waris perajurit yang terkorban jauh lebih dahsyat daripada kita yang melihat dan mengucapkan simpati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Al-Fatihah.



    BalasPadam
  6. cuma saya nak tanya tuan kenapa pemimpin PR tiada dtg meziarahi jenazah2 anggota2 keselamatan yang terkorban kecuali Tan Sri Khalid(menunjukkan contoh yg baik)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama 7/3/12,

      Terima kasih kerana menjenguk blog saya.

      Maaf, saya tidak dapat menjawab pertanyaan saudara kerana siapalah saya.

      Bagaimanapun, mungkin dan semoga entri terbaru saya " Ceramah Parti Politik ", boleh membantu mencerahkan sedikit sebanyak kemasyhgulan yang saudara rasakan.

      Padam
  7. Ada empat jenis pemimpin.
    1. Kurang bagus segi peribadi dan kurang bagus dalam pemerintahan
    2. Kurang bagus segi peribadi, tapi bagus dalam pemerintahan
    3. Bagus dari segi peribadi, tapi kurang bagus dalam pemerintahan
    4. Bagus segi peribadi dan bagus juga dalam pemerintahan
    Mmm, kalau kita nak pilih pemimpin, nak pilih mana satu ye…?

    Walau apa pun jawapan yang kita beri, kita kena yakin satu perkara bahawa untuk bagus, kita tidak mampu untuk menjadi bagus secara sendirian. Ia perlu dibantu dengan wahyu Allah. Bermakna, Islam akan membawa orang menjadi bagus kerana Allah yang maha mencipta yang tahu bagaimana manusia boleh menjadi bagus.

    Cuma kadang kala, kita mudah menghukum seseorang itu tidak bagus sebab penilaian kita juga tidak benar-benar melalui apa yang Islam ajarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak roosni,

      Ada banyak ungkapan (teromba) dalam Adat Perpatih mengenai kriteria pemimpin yang baik. Antaranya;

      Rimbun daun tempat berteduh
      Rimbun pokok tempat bernaung
      Besar banir tempat berlindung
      Besar batang tempat bersandar
      Lebar daun tempat membungkus
      Tingginya jadi pedoman.

      Benar, segala kriteria itu tidak memadai jika dia (pemimpin) bukannya seorang Muslim yang baik.

      Padam
  8. akak roosni,

    Dari empat pilihan di atas ...tiada pilihan sebenarnye.

    Tentu lah kita semua patut memilih pilihan yang ke-4. Bukan begitu ke?..ekeke.

    BalasPadam
  9. terbaca satu artikel...
    “Macam di Iraq, Saddam Hussain bukan bagus, tapi dia tahu macam mana nak mengurus orang Iraq”
    “Iraq pernah aman di bawah dua pemerintahan sahaja, pertama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi dan yang kedua Saddam Hussain, yang lain semua huru hara

    sesorang itu dipandang hebat disebabkan Allah menutup keaibannya itu aje...

    BalasPadam
  10. Sdr theolrascal dan Pn akak roosni,

    Yang idealnya memang yang ke-4.Namun, senario mutakhir ini seperti kita tidak berpeluang lagi menemui pemimpin yang sebegitu ideal. Kalau lebih yang ini, kurang pula yang itu.

    Saya perturunkan petikan dari buku Dr Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis) bertajuk 'Travelog Minda Tajdid - Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat' terbitan 2012 (3 kali cetakan) yang menurunkan . pendapat Ibnu Taimiyyah dalam salah sebuah buku karangan beliau (karangan Ibnu Taimiyyah).

    " Apabila dua orang, salah seorang daripadanya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah mendahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaan dan paling kurang mudaratnya bagi jawatan itu. Dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani ( walaupun padanya ada kejahatan ) utamakan dia berbanding lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia orang yang amanah."

    Dinyatakan bahawa sekalipun Nabi pernah menegur dan membantah beberapa tindakan Khalid bin Al-Walid kerana beberapa tindakannya melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh beliau, Khalid al-Walid tetap dipilih mengetuai tentera Islam. Malah nabi menggelarnya Pedang Allah.

    Tidak sesuai hendak membandingkan Allahyarham Saddam Hussain dengan Khalid al-Walid.

    Namun, mungkin paparan Pn akak roosni ada sedikit kaitan dengan mesej yang dimaksudkan oleh Dr Mohd Asri dalam buku beliau - Saddam Hussain tidak bagus tetapi pandai mengurus (mengembala?) manusia.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."