Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 17 Mac 2013

politik : blogwalking ke blog politik ekstrim


Orang kata, “ Orang yang dapat menambahkan dua jagung atau dua rumput di tempat yang tadinya hanya dapat tumbuh satu sahaja, lebih berjasa pada umat manusia dan negara daripada politikus”.

Mungkin ungkapan tersebut keterlaluan. Politikus juga manusia, tentu ada sumbangannya kepada manusia dan negara. Namun, walaupun bukan semua politikus dituduh borong seperti itu, banyak kerosakkan yang berlaku di seluruh muka bumi ini berpunya dari tangan-tangan politikus.

Berpaksi kepada pengendali blog kerdil yang menjurus kepaada perkara-perkara santai, saya dan mungkin juga sebilangan blogger yang lain, dilihat seperti tidak menghiraukan kejadian-kejadian di sekeliling. Saya (kami), asyik dengan dunia saya (kami) – kisah-kisah peribadi, kisah anak-anak, kisah keluarga, kisah-kisah rekreasi, melancung, masyarakat/budaya, kenalan dan cerita-cerita yang sealiran.

Namun, ketika di sana sini orang sibuk membincangkan hal-hal politik, saya mencuba untuk ‘ join the club’ dengan ‘blogwalking’ ke blog-blog politik ekstrim – blog bujur lalu melintang patah. Maka, saya juga menyenaraikan beberapa blog politik (ekstrim) tersebut dalam senarai blog saya. Konon-kononnya untuk mengetahui serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku di luar kepompong ‘ santai’ @ tidak kisah.

Saya ‘tidak boleh pergi’! Banyak pengisian dalam blog-blog tersebut dikategorikan sebagai ‘ Ini bukannya budaya kita ‘.

Di antara yang membuatkan saya menggeleng kepala ialah apabila menyaksikan tayangan video yang menunjukkan sekumpulan wanita yang memakai pakaian sewarna memprotes pemimpin tertentu. Saya tidak pasti samada mereka dari kumpulan berzanji atau perkumpulan wanita yang lain. Salah seorang dari ahli kumpulan itu bercakap dengan nada amarah yang tidak terkawal. Anggota kumpulan yang lain termasuk dua-tiga orang yang berkaca mata hitam mengiakannya secara mengangguk-nganggukkan kepala masing-masing dengan kuat ke hadapan.  Perlakuan itu kelihatan sangat pelik dan janggal. Begitulah juga apabila salah seorang yang berkaca mata hitam mengambil giliran untuk bercakap. Aksi dan gayanya ketika bercakap sangat kasar dan membuang habis sifat-sifat seorang wanita. Selepas itu semua ahli kumpulan itu ‘menyingsing betis’ masing-masing dan lalu memijak gambar pemimpin tertentu. ‘ Ini bukan budaya kita’.

Tun Mahathir mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak. Namun, isteri beliau Tun Siti Asmah Ali adalah sebaik-baik contoh bagi golongan wanita yang hidup dalam lingkungan kongkongan politik. Walaupun selaku isteri kepada individu yang pernah paling berkuasa di muka bumi Malaysia ini, rakyat Malaysia tidak pernah melihat wanita terpelajar ini bersikap yang tidak sewajarnya. Kita tidak pernah melihat beliau bercakap secara kasar di dalam mana-mana majlis.   

Saya tidak peduli samada sesebuah blog itu proksi kepada parti-parti politik tertentu. Saya akan membaca selagi penyampaiannya tidak keterlaluan ‘kebiadapannya’ dan tidak membodoh-bodohkan intelektual pembaca.

Sedemikian, saya akan terus berkecimpung dalam dunia blog sebagai ‘ part time blogger’ santai @ syok sendiri – hal-hal diri sendiri, manusia/masyarakat, pengembaraan/perjalanan, budaya, sajak dan sesekali menyentuh hal politik yang ringan dan tidak menimbulkan suasana kurang senang.

“ Bagi mengenal ketinggian budi seseorang, adalah dalam waktu kritis” (M.Amir)



Nota : Saya pernah menulis perkara yang sama. Anggaplah catatan ini sebagai sinambung catatan yang lalu.

6 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Saya tersenyum sendirian sewaktu melewati catatan saudara ini 'part time blogger’ santai @ syok sendiri'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Inilah dunia 'leisure' kita. Tidak perlu fikir yang berat-berat.

      Padam
  2. begitu juga berhijrah dari segi penampilan..tapi yang peliknya budi bahasa gaya percakapan/penulisan tidak menunjukkan penghijrahan..arwah mak pernah berpesan tegurlah dimana juga jumpa orang tua2 mereka bukan nak duit kamu cukup hanya menegur dan bertanya khabar.
    kalau pemimpinnya suka berhibur begitu jugalah pengikut dan penyokongnya dan kalau pemimpinya suka terjerit2 memaki hamun,begitu jugalah pengikutnya
    Akhirnya percayalah, sebenarnya nanti, ia bukan pertikaian antara Melayu atau tidak Melayu, akhirnya pertembungan akan terjadi antara Islam dengan kuffar. Orang kafir walau apa platformnya akan bersatu dengan kekufurannya menentang Islam. Paling kurang mempertikaikan untuk menjadikan Islam rendah.
    Saya harapkan yang terbaik untuk negara tercinta ini, kita perlu berusaha semaksima mampu untuk tinggikan Islam dari semua sudut, baik dari sudut akidah, ibadah, ekonomi, politik, dan semunya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
    Jangan sampai bak kata ayah-ayah kita, mengejar sesuatu, yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran. Apa pun, usahakanlah untuk Islam ditinggikan, walau dari mana platform kita, akhirnya nanti, akan bersatu jua…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pn akak roosni,

      Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

      Islam itu telah sedia perkasa. Yang tidak perkasa ialah penganutnya. Dalam konteks negara kita ' Orang Melayu'. Saya tidak bercadang menuduh mana-mana pihak yang menyebabkan majoriti Orang Melayu tidak perkasa dalam kebanyakkan bidang hidup.

      Kita diuar-uarkan tidak perkasa kerana tidak bersatu. Kita berpecah belah.

      Dengan situasi mutakhir ini, saya yakin komuniti Melayu akan terus kekal dengan status quo sedia ada. Masing-masing mengaku betul. Masing-masing tidak rasa bersalah.

      Jangan paksa puak lain (Melayu) mengaku tidak betul, kita sahaja yang betul. Sampai bila pun puak-puak Melayu yg bercakaran tidak akan dapat 'bersatu'. Masing-masing ada ego dan maruah.

      Bagaimanapun, percayalah bahawa mesti ada satu puak yang betul atau baik sedikit dari puak yang satu lagi. Tidak akan berlaku dua puak yang sama-sama baik bermusuhan.

      Kita mungkin tidak perlu berjiwa terlalu besar -' Ingin Menyatukan Dua Puak Melayu Yang 'Berperang' . Tidak akan berjaya. Satu pihak ada ulamak Al-Azhar, pihak yang satu lagi juga ada ulamak Al-Azhar.

      Masing-masing mengaku ingin memperkasakan Islam dengan kaedah dan pemahaman masing-masing. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kita.

      Bagaimanapun, saya berpegang kepada ' Berpaneh dan berhujanlah dengan keyakinan kita. Kita yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan samada di dunia atau akhirat.' Apalah kesannya mengaji ke hulu dan ke hilir tetapi tidak dapat dimanfaatkan untuk agama dan diri sendiri. Kita juga jangan kesampingkan kuasa doa.

      Ini pendapat saya. Puan akak roosni juga ada pegangan sendiri.

      Padam
  3. ujang kutik,

    piliharaya dah hampir sangat dah..haha..
    nanti kemudian nye ,
    sejumlah lebih kurang 222 ahli parlimen semua akan bertemu di parlimen..
    tak kira lah ape nisbah nye pun..
    lepas abis sidang mereka semua kelihan ceria dan bergelak2..
    alahai..
    kadang saya terfikir macam mereka semua ni ''memainkan'' kita pulak..
    ekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Itu profession mereka. Begitu juga kita ' Part Time Blogger' . Memikir, mengambil tahu dan cuba menyelesaikan banyak perkara.

      Tuan, saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang begitu minat dan taksub kepada rancangan wrestling di TV dari zaman Mark Lewin hinggalah sekarang. Semua orang tahu bahawa aksi wrestling adalah aksi yang telah dirancang/diskripkan.

      Dia menjawab, " Walaupun berlakun, tetapi lakunan ahli gusti nampak real." He..he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."