Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 16 April 2013

PRU 13 : BODOH DAN CERDIK



"Nuansa kebodohan dan kecerdikkan penyokong parti politik tidak diketahui garis kedudukkannya. Sedemikian, penyokong parti politik yang berlawanan tidak akan pernah membenarkan atau bersetuju dengan kata-kata pemimpin parti politik lain. Ini adalah misteri yang masih belum dapat dirungkai oleh para sarjana "



Dalam suasana hu-ha PRU 13, kita sangat hairan mengapa parti yang sangat teruk pada penilaian kita, diikut dan disokong sehingga sanggup mati oleh oleh kawan atau sahabat kita. Kawan/sahabat kita itu mungkin seorang budak pejabat, peniaga warung, kerani, juruteknik, akauntan, jurutera, pakar bedah, pakar motivasi, ustaz, pengarah,.... 

Begitulah juga, betapa hebat dan sempurnanya parti yang kita sokong  (pada penilaian kita) tidak ada baiknya langsung pada penilaian kawan atau sahabat kita. 

Ini adalah misteri mengenai dua sifat manusia dalam keghairan memahami politik, iaitu 'bodoh' dan 'cerdik'! Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang cerdik memilih parti. Tiada sesiapa yang siuman mengaku dirinya bodoh.

Adakah kawan/sahabat kita yang cerdik? 
Dan, kita yang bodoh?

Atau, adakah kita yang cerdik?
Dan, kawan/sahabat kita yang bodoh?

Mustahil dua-dua cerdik,
Tidak mustahil kedua-duanya bodoh!!

Jangan mengaku diri bodoh,
Tunggulah sarjana merungkai jawapannya!
        

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Ini lah sebenar senario nye dalam negara kita.Saya setuju sangat lontaran soalan soalan tuan yang boleh dikira sebagai soalan cepumas..hehe.

    Kalau di tanye, semua umat melayu setuju bahawa bangsa melayu itu patut bersatu apakah lagi sebagai umat islam. Lalu apakah yang memecah belahkan kita sesama melayu dan umat islam?

    Bagaimanapun, kita berdoa lah agar kebenaran itu di tunjukan pada diri kita dulu sebelum orang lain.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Siapa pun (Orang Melayu) akan berkata, " Melayu perlu bersatu."

    Tetapi tidak boleh......tidak dapat bersatu........

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."