Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 26 April 2013

terBONGkah!



Dua hari yang lalu, iaitu selepas Asar dan ketika masih di pejabat, hujan turun tetapi tidaklah terlalu lebat. Saya mengagak kawasan perumahan saya juga hujan kerana jaraknya cuma 7 kilometer dari pejabat.

Keadaan lalu lintas terkawal ketika saya balik ke rumah. Kebiasaannya, aliran lalu lintas teruk selepas waktu pejabat. Kalau hujan lagi teruk.

Kira-kira 1 kilometer sebelum sampai ke rumah, saya melihat sebuah papan kempen gergasi yang memaparkan gambar Ketua dan Calun sebuah parti yang bertanding rebah menyembah bumi. Sebaliknya, sebuah papan kempen lagi dari parti lawannya yang diletakkan bersebelahan masih berdiri tegak dengan megahnya. Saya membuat analisa nakal, " Ini macam tanda nak kalah."

Bagaimanapun, tidak jauh dari tempat itu saya melihat sesuatu yang lebih dahsyat. Sebatang pokok ara yang agak besar telah tumbang. Akarnya turut terbongkah. Sebuah markas parti politik lain yang yang didirikan berhampiran pokok itu turut ranap.

Saya membuat analisa nakal lagi mengenai nasib malang markas parti politik itu. Papan kempen parti yang pertama tadi cuma tumbang tetapi parti lawannya pula habis ranap markasnya! 

Saya difahamkan bahawa telah berlaku ‘puting beliung kecil’ di kawasan itu di sekitar jam 5.00 petang. 

Sebatang pokok yang kelihatan kuat strukturnya boleh terbongkah dan menyembah bumi. Begitulah juga nasib calun dan parti yang bertanding. Selepas keputusan pilihanraya diketahui akan ada parti yang menang dan ada yang 'terbongkah' dan tersembam kerana dikalahkan. Segala dakwaan mengenai kekuatan parti masing-masing sebelum tarikh mengundi akan terjawab ketika itu.

Kitalah, yaani pengundi yang akan menentukan samada calun dan parti yang bertanding boleh menang atau sebaliknya. Itulah hebatnya kuasa kita, kuasa pengundi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."