Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 18 Mei 2013

FENOMENA LELAKI HITAM MANIS DARI KAKI GUNUNG DATUK


FENOMENA YB Khairy bin Datuk Jamaluddin bin Penghulu Abu Bakar Al-Gadungi Al-Rembawi sedang melanda negara sekarang! Begitulah lebih kurang gambaran saya yang akan mudah disalahertikan mengenai ‘selebriti politik’ masakini itu.

“ Tiba-tiba ramai orang ingin berkawan dengan KJ ”. Begitulah tajuk salah sebuah akhbar bukan arus perdana semalam (17/5/13).

Hakikatnya, lama sebelum YB KJ dipilih sebagai Menteri KBS, beliau telah sedia dikagumi oleh kawan dan lawan termasuk tokoh yang hebat-hebat, tanpa menafikan masih ada juga yang terus membenci dan curiga termasuk di kalangan keliling-kelalak beliau sendiri.

Berbanding dengan sepupu beliau di sebelah bapa, Datuk Shaziman bin Abu Mansur yang tidak kurang terkenalnya itu, yang pekat darah Kg. Gadungnya (Kg. Gadung ialah nama kampung ayah dan ibu Datuk Shaziman dan juga ayah YB KJ di Daerah Rembau, Negeri Sembilan), darah ‘Nogoghi’ yang mengalir dalam tubuh YB KJ tidak sepekat darah sepupunya itu.

Gamitan Alam Semula Jadi Di Kaki Gunung Datuk
Darah yang mengalir dalam diri YB KJ adalah campuran darah Gadung (Nogoghi) di sebelah bapa dan darah Kedah di sebelah ibundanya. Mengikut sistem Adat Perpatih, YB KJ bukan anak adat sebab ibundanya bukan anak Negeri Sembilan. Suatu ketika musuh poltik beliau menggunakan isu ini dalam usaha melemahkannya.

Bertitik tolak kepada elemen ini, YB KJ pada awalnya boleh memilih lokasi untuk memulakan kerjaya politiknya, samada di Negeri Sembilan atau Kedah.

Cucu kepada tokoh tempatan yang berpengaruh, Penghulu Abu Bakar ini telah memilih Kg. Gadung, Rembau di Negeri Sembilan, daerah asal usul ayah/datuknya untuk memulakan kerjaya politiknya. Situasi ini bolehlah diumpamakan bahawa YB KJ adalah legasi keturunan Penghulu Abu Bakar yang kembali ke kampung halaman sendiri setelah lama merantau.

Sekalipun ujiannya bukan kepalang, beliau membuat pilihan yang tepat. Akhirnya, beliau berjaya menjadi menteri.

Pemandangan di pinggir Kg. Gadung
Kg. Gadung terletak di selatan Daerah Rembau. Dengan kedudukkan di kaki Gunung Datuk (Gunung Rembau), Kg. Gadung menawarkan pemandangan alam semula jadi yang mengasyikkan. Rumah-rumah penduduk samada tradisional atau moden di kampong ini juga bersih dan cantik.

Di antara kata-kata keramat awal yang diucapkannya dengan yakin dan berani setelah dipilih menjadi Menteri KBS ialah, “ Saya Menteri untuk semua, tanpa mengambilkira ideologi.”

Bukan lagi rahsia bahawa bukan sedikit jumlah undi yang diperolehi oleh YB KJ dari kalangan bukan penyokong parti beliau. Mereka itu mengundi YB KJ kerana aura beliau yang tidak ada pada calun parti mereka. 

Dan, tiada khilaf lagi bahawa berdasarkan ucapan awal YB KJ (“Saya Menteri untuk semua, tanpa mengambilkira ideologi”), semua pengundi beliau termasuk di kalangan bukan ahli parti dalam PRU 13 yang lalu membuat pilihan yang boleh diterima.

Bagaimanapun, kira-kira atau formula dalam politik adalah kaedah yang cuma boleh digunakan ‘case by case’. Adalah terlalu awal untuk merumuskan ‘diri empunya diri’ sebenar yang bernama YB Khairy bin Datuk Jamaluddin bin Penghulu Abu Bakar Al Gadungi Al Rembawi setakat ini. 
Gunung Datuk (Gumung Rembau)
Puncak Yang Paling Tinggi Ialah Gunung Datuk 

Kerana, lelaki hitam manis, YB Khairy baru sahaja melangkah dari kaki Gunung Datuk setelah lama bertapa dan muhasabah diri dalam perjalanan untuk melangsungkan suatu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Semoga beliau akan membanggakan semua golongan yang menyokong beliau, khususnya rakyat Malaysia, khususnya Orang Negeri Sembilan, khusus lagi Orang Rembau dan paling khusus Orang Kg. Gadung.


 


6 ulasan:

  1. Kalau KJ ikhlas dalam perjuaangan untuk rakyat jelata, saya fikir dia juga akaan disanjungi oleh lawan. Tapi bolehkah dia menungkah arus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Seperti yang saya katakan formula dalam politik sifatnya ' case by case'. Kita tunggu dan lihat.

      Padam
  2. Tunggu dan perhati, samaada bercakap boleh dan bekerjapun boleh. Kelulusan dah ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Ya, beliau sudah memiliki resepi yang lengkap. Rakyat segang menunggu 'hidangan' yang akan disajikan.

      Padam
  3. ujang kutik,

    di penghujung nye nanti..
    semoga kita masih sempat menjadi saksi siapa kah yang akan berdiri lebih gah di Rembau
    gunung datuk atau yb khairy..ekeke.

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Gunung Rembau akan terus gagah memerhati. YB KJ jauh lebih muda dari saya dan saudara.

    Semoga kita sempat memerhati beberapa episod penting perjalanan YB KJ setelah meninggalkan Gunung Rembau.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."