Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 24 Mei 2013

SAYA BUKAN USTAZ : KHALIFAH ALI DAN PENIAGA ORANG YAHUDI

Saya bukan ustaz. Bagaimanapun, marilah kita 'sharing and caring' untuk mencari bahagia dalam beragama.

Ini bukan cerita 1001 malam. Ini kisah benar. Kita sudah mengetahui kisahnya:

Sebermula pengkisahan ialah mengenai Khalifah Ali (Radiallahu taala anhu) yang kehilangan baju perang. Beliau menjumpai baju perangnya itu di dalam kedai milik Orang Yahudi untuk dijual. 

Peniaga Yahudi itu yang berhadapan dengan seorang Pemimpin @ Presiden @ Perdana Menteri (Khalifah) dengan tegas dan berani mendakwa bahawa baju perang itu miliknya dan enggan memulangkannya kepada Khalifah Ali apabila diminta.

Kes kehilangan baju perang Khalifah Ali dibawa ke mahkamah. Hakim mahkamah ialah Qadi Shurayh,  seorang hakim terkenal yang sangat adil dan tegas pada zamannya. 

Qadi Shurayh      : Ya Abu Hassan ( Qadi Shurayh memanggil Khalifah Ali dengan penuh hormat).

Khalifah Ali      : Tuan Hakim, jangan memanggil saya dengan panggilan itu kerana boleh menyebabkan berlaku kecondrongan pilih kasih. Panggilah saya Ali.

Qadi Shurayh       : Pihak yang membuat tuntutan diminta mengemukakan saksi dan bukti untuk membuktikan bahawa baju perang itu milik tuan.

Khalifah Ali           : Saksi saya ialah anak saya sendiri, Hassan dan Hussein.

Qadi Shurayh    : Hassan dan Hussein tidak boleh menjadi saksi kerana mereka ada kepentingan.

Qadi Shurayh meminta peniaga Orang Yahudi bersumpah jika dia masih mengaku bahawa baju perang yang dipertikaikan itu miliknya. Peniaga Orang Yahudi itu bersumpah. 

Qadi Surayh membuat keputusan bahawa baju perang itu kekal milik peniaga Orang Yahudi kerana Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi dan bukti-bukti lain. Faktor lain yang memihak kepada peniaga Orang Yahudi itu ialah dia telah besumpah mengaku baju perang itu miliknya.

Pengkisahan tamat setakat ini sahaja. Kisah selanjutnya tidak perlu diulang semula kerana kita sudah mengetahui kesudahannya.



Ulasan : Ini kisah benar mengenai seorang pemimpin dan seorang hakim yang takutkan Allah. Ini bukan cerita 1001 malam atau putera kayangan turun ke bumi. Secara perbandingan, tindakan dan kelakuan mereka (Khalifah Ali dan Qadi Shurayh) boleh diikuti oleh sesiapa sahaja.  

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."