Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 23 Mei 2013

SAYA BUKAN USTAZ : SOLAT MALAM



Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,  “ Sesungguhnya, pada malam hari itu,

benar-benar ada saat yang seorang Muslim dapat menepatinya untuk

memohon kepada Allah s.w.t. suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah

 akan memberinya (mengkabulkannya), dan itu setiap malam.”

(HR. Muslim dan Ahmad)

Petikan Dari Buku Pelbagai Jenis Solat Untuk

Mengatasi Masalah Hidup Karangan H.M.Amrin Rauf.



‘Let us sharing and caring’. Saya meminjam ungkapan Inggeris seorang rakan blogger untuk menunjukkan bahawa tiada niat untuk mengajar pembaca kerana saya bukan ustaz. Kepada yang sudi, marilah kita berkongsi mencari bahagia dalam beragama.


Di antara ungkapan mengesankan oleh seorang penceramah di  You Tube.flv. yang mengajak pendengar  melakukan solat malam yang banyak kelebihannya itu dan menjadikannya sebagai habit harian ialah;


“Tidak cukup dengan membaca Al-Quran dan Hadith dan menghadiri kuliah agama dan sangat terkesan dengan ilmu yang disampaikan sehingga mengangguk-nganggukkan kepala, merasakan kekerdilan diri dan menyebut-nyebut Masya Allah, Masya Allah berulang kali jika tidak diikuti dengan tindakan melakukan solat malam yang dinyatakan (Al-Quran, Hadis dan penjelasan dalam kuliah) banyak kelebihannya itu.”


Ulasan : Berapa kalikah kita mengangguk-nganggukkan kepala menandakan betapa ilmu yang disampaikan di surau/masjid masuk meresap ke seluruh urat saraf dan saluran darah? Berapa kalikah pula di antara ilmu tersebut kita tinggalkan di pintu masjid dan tidak membawa bersama balik ke rumah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."