Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 2 Jun 2013

JIKALAH SAYA KAYA, SAYA INGIN MENJADI PENERBIT FILEM DOKUMENTARI

Melihat filem dokumentari mengenai fenomena alam semula jadi keluaran negara atas angin yang mengasyikkan, saya merasakan suatu kepuasan yang amat sangat. Filem dokumentari tersebut dapat ditonton sepanjang hari melalui saluran khas. 

Serentak dengan itu, ianya mengingatkan diri saya mengenai betapa dan betapa dan betapa.....indahnya Syurga yang tidak terjangkaukan oleh akal akan keindahannya. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu.

Sayangnya, kita dapat menonton segala sesuatu di negara lain tetapi tidak begitu terdedah kepada alam dan penghuninya di tempat sendiri.
 
Saya tidak mengetahui nisbah golongan orang seperti saya yang sangat terpesona dengan pesona alam dan juga kepelbagaian penduduk pribumi/watan dalam menyantuni kehidupan seharian mereka - pembalak di hutan belantara, pemancing di laut, tasik, sungai dan  lubuk, pemburu di rimba, penoreh getah, pesawah, pencari rotan, penambang antara dua tebing sungai, masyarakat orang asal, kehidupan di rumah panjang, ratusan etnik peribumi di Sabah dan Sarawak dan banyak lagi.

Kalaulah saya seorang yang kaya raya, saya akan menjadi penerbit filem dokumentari mengenai alam dan penduduk peribumi/watannya  di Semenanjung dan lebih-lagi di Sabah dan Sarawak........  


4 ulasan:

  1. HP suka tonton National Geographic siaran Astro. Tapi cuma berpeluang tonton masa servis kereta di perodua je.

    BalasPadam
  2. Sdr HP,

    Jangan abaikan nikmat...he..he..

    BalasPadam
  3. Ujang kutik,

    Saya pula ingin jadi cameraman nya...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saya tidak akan terlepas pandang saudara.......kita bukannkah sedang baru bermula mengasah bakat?

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."