Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 26 Jun 2013

KISAH MASA MUDA: KITA OLANG SUDAH LAMA TIDAK BUAT INI KELEJA

Saya suka 'rewind' semula kisah-kisah lama. Di antara kisah lama yang statusnya 'ever green' dan akan membuatkan orang mudah ketawa ialah berlatar belakangkan ungkapan, " KITA OLANG SUDAH LAMA TIDAK BUAT INI KELEJA."

Ditakdirkan saya sempat mengitar semula kisah di sebalik ungkapan tersebut kepada anak lelaki 'pelantun' " KITA OLANG SUDAH LAMA TIDAK BUAT INI KELEJA" tanpa memaklumkan bahawa yang mengucapkan kata-kata hebat itu ialah ayahnya sendiri. Begitulah cepatnya masa berlalu dan kecilnya dunia ini.

Sebermula kisah ini tercipta ialah ketika saya dan seorang kawan bertugas luar pejabat dan menginap di Rumah Rehat Lumut, Perak. Ketika itu kami masih muda lagi - di usia awal 30-an. Semasa kami seronok berbual di luar bilik rest house yang menghadap ke laut, seorang penginap warga emas berbangsa Cina di sebelah bilik kami tiba-tiba meluru keluar dari biliknya . Apek tua itu tergamak menuduh kami mengintai dia dan pasangannya (yang juga sudah tua) berasmara.

Lu olang tak ada keleja kah? Intai olang apa lu dapat?

Kami terkejut kerana dituduh mengintai oleh Si Apek tua itu. Dalam keadaan kelam kabut dan malu dengan pelanggan lain, kawan saya sempat menjawab dengan ikhlas dan jujur, " KITA OLANG SUDAH LAMA TIDAK BUAT INI KELEJA, JANGANLAH TUDUH-TUDUH."  

Pembaca boleh membuat rumusan sebebas-bebasnya mengenai asal-usul dan latar belakang jawapan ikhlas dan jujur oleh kawan saya itu.

2 ulasan:

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."