Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 28 Julai 2013

JANJI SEORANG AHLI MUZIK PROFESSIONAL : TUHAN, AKU KEMBALI

Ini kelemahan sikap saya. Saya sangat berhati-hati dalam meraikan riuh-rendah golongan artis tanah air menguar-uarkan mereka berhijrah ke jalan yang lebih baik. Ini mungkin berpunca dari sikap sesetengah dari mereka tersandung di tengah jalan dan 'menjilat' semula kebusukkan dunia artis yang dikutuk ketika mula berhijrah dahulu. Banyak yang membuat U-TURN!

Sedemikian, saya telah berpusing sebanyak dua kali di rak buku sebuah kedai buku di Ampang Point, Selangor sebelum mengambil keputusan membeli sebuah buku mengenai penghijrahan seorang artis lelaki.  Tajuk buku tersebut ialah ' Tuhan, Aku Kembali ' karya Sham Kamikaze dan Ainuddin Kamaruddin yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn.Bhd. Buku yang diterbitkan pada tahun 2013 dan telah dicetak sebanyak dua kali itu berharga RM15.00. Saya cuma perlu membayar RM12.00 kerana mempunyai kad ahli kedai buku berkenaan. Murah.

Buku itu menceritakan perjalanan hidup Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril bin Mohd Salleh, bekas ahli muzik professional, dalam fasa-fasa laluan kehidupan yang beliau harungi - zaman kanak-kanak, persekolahan, zaman remaja, ahli muzik professional, permulaan berhijrah dan fasa terakhir, iaitu fasa routine kehidupan beliau setelah berhijrah. 

Kandungan buku tersebut menarik dan sesuai dibaca oleh semua peringkat usia khususnya golongan anak-anak muda yang 'sesat arah dan tujuan', iaitu dunia di mana Sham Kamikaze ' membesar '.

Saya membeli buku itu kerana gaya penulisannya yang mudah tetapi menarik, harga buku yang agak murah dan ingin memberikan sokongan moral kepada Sham Kamikaze. Setelah saya dan keluarga membacanya, saya akan membawa buku itu ke pejabat untuk dibaca pula oleh 'rakan-rakan sepejabat' di kalangan anak-anak muda. Seperti Sham Kamikaze, saya juga ingin berdakwah.  

Semoga Sham Kamikaze istiqamah melalui jalan yang beliau pilih dan tidak sekali-kali membuat U-Turn. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."