Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 24 Julai 2013

MENOLONG : LANGKAH PERTAMA



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

SESEORANG cuma mendekati saudaranya kerana sesuatu hajat setelah dia 'hadam' bahawa saudara seIslamnya itu ada potensi boleh membantu/menolong. Ianya suatu penghormatan. 

Sedemikian, jangan hampakan hajat saudara seIslam dengan cara yang tidak sepatutnya - umpamanya, endah tak endah, 'Ya' tidak bertitik atau janji/harapan yang tidak meyakinkan dan apatah lagi bukan sahaja tidak mahu menolong tetapi menghamburkan kata-kata dan lagak yang kasar dan angkuh.

Apakah jawapan yang sepatutnya diucapkan untuk menggalas 'tanggungjawab' yang 'dibebankan' kepada kita? 

Adakah?
 
Pertama, " Insya Allah, saya akan cuba menolong setakat yang boleh."

Kedua, " Insya Allah, saya akan cuba menolong sedaya upaya saya."

Kedua-dua jawapan tersebut adalah betul dan tiada kesalahan nahu atau tatasusila.

Bagaimanapun, mungkin jawapan kedua mempunyai kelebihan dan telah meringankan 50% masalah saudara kita yang mempunyai hajat itu. Kita telah menjanjikan komitmen yang bukan kepalang - akan cuba menolong sedaya upaya!  

Semoga kita dapat menyempurnakan hajat saudara seIslam kita atau sesiapa sahaja hamba Allah yang berhajat selagi hajat tersebut tidak menyalahi syariat. Hebat ganjarannya.

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Dalam bulan ramadan tempoh hari ada kenalan yang saya maksudkan sebagai..

    '' telah tidak.. berakit ke hulu dan berenang renang ketepian ” tetapi telah ” berenang renang ke hulu dan berakit rakit pula ketepian. ”

    Terbaca hadis yang sdr paparkan diatas keesokan hari nya saya telah menunaikan rayuan nye untuk melepaskan diri dari kesesakan tanpa mengenangkan lagi apa yang pernah beliau lakukan pada saya sebelum nya lagi.

    Saya juga telah berasa amat lega selepas itu.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Saya sendiri sebenarnya baru mengambil berat hal ini; Bantu jika boleh bantu dan juga mencuba sedaya upaya.

    Kita tahu bahawa kita tidak riak. Kita turut merasa nikmat ' lega ' apabila dapat memudahkan/melegakan orang lain.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."