Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 4 Ogos 2013

BERBUKA PUASA : ' MAHAL & MEMBAZIR? '

Seronoknya Keluarga Saya Naik Pengangkutan Ini Dari Parkir Ke Dewan Berbuka
Setiap kali terkerling harga promosi berbuka puasa di hotel/resort/golf club/restoran mewah, saya didatangi oleh emosi celupar @ jahil yang 'stereotaip' - mahal, membazir.....!

Saya bukanlah tidak pernah langsung berbuka puasa di tempat-tempat tersebut. Ada juga beberapa kali ketika dipinjamkan bertugas di anak syarikat agensi beberapa tahun dahulu, 'disponsor' oleh anak saudara dan suaminya dan juga dibelanja oleh anak sulung kami.

Namun, kalau keluar dari wang poket sendiri dengan harga RM60, RM70, RM80, RM100,......untuk seorang tidak pernah. Saya percaya ini adalah 'prinsip standard' di kalangan golongan marhaen yang berkeluarga.

Berbekalkan 'prinsip standard' golongan marhaen, saya dan keluarga dengan rasa besar hati bersetuju dengan pelawaan anak saudara dan suaminya untuk berbuka puasa di sebuah ' golf club' pada 25 Ramadhan (3/8/2013). Tentunya turut serta ialah keluarga adek saya. Semuanya berjumlah 11 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.

Banyaknya ' Pembazir' bagai suasana majlis kenduri atau bagai orang menghadiri ceramah politik. Ramai. Ratusan kereta ' Pembazir' terpaksa diletakkan sejauh 1 kilometer dari dewan berbuka puasa. 

Sesungguhnya, 'Mahal dan Membazir' sebenar-benarnya adalah istilah yang terlalu subjektif definasinya. Golongan yang berkemampuan tidak seragam definasinya dengan golongan orang biasa. Malah golongan ustaz atau penceramah agama ada definasinya sendiri apabila diajukan soalan sebab musabab mereka juga terdorong memiliki kereta berjenama/mewah.

Maka, makanlah asalkan jangan lupa solat (Ruangan solat yang luas dan selesa disediakan oleh pihak pengurusan ). Tunaikanlah solat Maghrib di situ. Jika mahu, tunaikanlah juga solat Isyak dan sunat tarawikh rengkas sementara menunggu ahli keluarga yang lain ' menyelaraskan ' harga makanan dengan apa yang dimakan.

Terima kasih Along & Saiful dan anak-anak. Semoga rezeki kamu suami isteri dan anak-anak akan melimpah ruah lagi.


2 ulasan:

  1. Assalam, Ujang Kutik.

    InsyaAllah berbahagialah orang yg punyai kelebihan harta, kemudian sanggup berbelanja utk orang lain.... malahan belanja yg ini lagi mulia, sebab namanya 'memberi makan kepada orang berpuasa'! Kalau tahu menjaga sempadan, kita tak akan membazir. Kalau tak tahu, walau di rumah sendiri pun, pembaziran mungkin kita lakukan.

    BalasPadam
  2. Waalaikomsalam Abang Temok,

    Saya bersetuju dengan pendapat Abang Temok. Membazir boleh berlaku di mana-mana kalau tidak diuruskan dengan baik. Di rumah juga boleh berlaku pembaziran.

    T.Kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."