Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 18 Ogos 2013

MESIR

Siapa pun kita, ke arah mana pun kecondongan politik kita, naluri simpati dan kasihkan saudara seagama membuatkan hati kita ' meraung ' dengan bencana dan malapetaka yang sedang berlaku di bumi Mesir sekarang.

Saudara seagama kita di Mesir sanggup mati dan membunuh saudara sebangsa dan seagama demi mempertahankan keyakinan masing-masing. 

Tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk menghentikan ' penyembelihan ' itu. Namun, janganlah ada di kalangan kita yang bermulut celupar, " Kita aman damai, rakyat Mesir bermandikan darah." 

Aman damaikah dan tidur lenakah kita sedangkan saudara seagama menderita dan sengsara?

Secara umumnya kita memahami dan difahami bahawa pertelingkahan sehingga berbunuhan cuma berlaku di kalangan kelompok yang berbeza etnik atau bangsa atau keturunan sahaja. Andainya berlaku pertelingkahan sesama etnik atau bangsa atau keturunan, impaknya tidaklah terlalu dahsyat sehingga sanggup membunuh atau ' meminum darah ' lawan yang sama etnik, bangsa atau keturunan.

Bagaimanapun, teori yang kita fahami dan difahami itu tidak selalunya tepat. Kejadian di Mesir (sekarang), di Kemboja (Rejim Pol Pot), di Negara-Negara Afrika dan di beberapa pelusuk dunia meyakinkan kita bahawa lesen berbunuhan itu merentas perbezaan etnik atau bangsa atau keturunan atau agama. 

Kuasa. Orang biasa seperti kita sedang menghampiri titik merumuskan pemahaman baharu bahawa 'Segala Pertelingkahan Di Muka Bumi Ini Adalah Bersebabkan Kuasa'. Atau, rahsia ini telah lama diketahui oleh pemain politik di mana sahaja di atas muka bumi ini?

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Ya, Apakah dorongan nya se hingga darah saudara sendiri menjadi lebih murah mengatasi keyakinan yang ingin di tegakan..

    Pasti ada butiran nya yang jauh dari pengatahuan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saya masih berpegang kepada retorik " Kuasa ".

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."