Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 7 September 2013

MENYARING BLOG POLITIK

Walaupun menyenaraikan 4 buah blog yang condong kepada dunia politik di dalam Senarai Blog saya, saya bukanlah seorang yang ghairah sangat memperkatakan hal-hal politik . Selain dari tujuan ingin mengetahui perkembangan politik tanah air secara sepintas lalu, saya menjadikan blog-blog tersebut sebagai penghias blog kerdil saya.

Dari 4 buah blog tersebut saya sering menjenguk dua buah blog sahaja. Saya suka kedua-dua blog tersebut kerana walaupun pemilik blog jelas kiblat politik mereka, tulisan mereka begitu ' gentleman' dan pada umumnya tidak merimaskan penjenguk yang masih waras dan tidak terlalu fanatik kepada sesuatu pemikiran politik kepartian.

Penjenguk blog mereka tidak akan menemui ungkapan  bodoh , bangang, sewel dan lain-lain ungkapan yang tidak sepatutnya samada dalam catatan (entry) tuan punya blog atau di ruangan ulasan/komen penjenguk.

Sehubungan ini, saya agak hairan kerana adanya sesetengah pemilik blog yang dikategorikan memiliki nama besar, tokoh atau golongan intelek menjadikan blog mereka sebagai gelanggang kutuk mengutuk dan maki hamun yang tidak terkawal dan melampau. 

Malah, ada pemilik blog dari kalangan itu memberi amaran tidak membenarkan penjenguk yang tidak sealiran dari mengunjungi blog mereka. Kenapakah sehingga menjadi begitu berserabut dan hodoh?

Sesungguhnya, tidak syak lagi bahawa pemilik blog politik yang memiliki nama besar adalah ejen kepada anjakan politik sehat, ' gentleman ' dan matang. Di luar sana, ada segolongan pembaca yang menjenguk blog politik kerana mendambakan sekitaran yang menjadi wahana kepada wacana yang kondusif - professional, ilmiah, kelelakian ( 'gentleman') dan matang.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."