Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 30 Oktober 2013

ALLAH MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU

PUTERA KAMI DAN ISTERINYA ZIARAH IBUNYA SELEPAS MAJLIS AKAD NIKAH
Di sebalik sibuk menguruskan urusan keluarga dalam seminggu dua ini, saya masih dilihat ' ok '. Saya tidak memperlihatkan langsung impak kerana kesibukkan yang melampau itu kepada orang lain.

Jiran saya 'tabik' di atas sikap 'cool' itu.  Beliau melabelkan saya ' iron man'. Namun ada kalanya saya khuatir juga kerana sikap tersebut boleh membuatkan saya kurang menghisab diri. 

Sedemikian kadang-kadang saya memaksa diri supaya mengaku realiti hidup yang saya alami dalam tempoh seminggu dua ini - isteri di hospital dan majlis perkahwinan anak yang perlu diteruskan. Ketika itulah adakalanya saya menitiskan air mata.  

Namun, sebagai hamba , Allahlah tempat saya bergantung dan memohon pertolongan.

Alhamdulillah, dua daripada permohonan itu telah dimakbulkan.

Maka larutlah dalam keyakinan saya; Allah yang berkuasa menarik semula segala sesuatu dari hambaNya, Allah juga sangat berkuasa menganugerah segala sesuatu kepada hambaNya.    

3 ulasan:

  1. Terharu saya membaca coretan ini. Sesungguhnya hidup kita ini benar benar atas rahmatNya.. Alhamdulilah dapat juga saya menatap wajah pengantin bersama bonda mereka...

    BalasPadam
  2. Doa saya muga isteri tuan segera sembuh.

    BalasPadam
  3. Ada sedikit nada kesayuan dan keinsafan dalam entri ini.

    Alhamdulillah.. segala nye berjalan lancar berkat kesabaran dan berserah diri kepada Allah swt.

    Selamat melalui era baru dalam kehidupan tuan sekeluarga.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."