Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 21 Oktober 2013

SAUDARA SAYA AKTIF BERPOLITIK

Orang kata kebanyakkan orang yang aktif berpolitik sekurang-kurangnya boleh hidup senang kalau pun tidak kaya raya.

Saya yakin kebanyakkan orang berpendapat sedemikian. ' Orang politik hidupnya senang. Orang politik kaya raya'!

Namun, mungkin masih belum rezeki salah seorang saudara saya yang sangat aktif melibatkan diri dalam politik. Beliau masih belum dapat menuai hasil dari penat lelahnya berpolitik. 

Sehubungan ini saya teringat akan cerita seorang kawan telah bekerja yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada pertengahan tahun 80-an. Sebelum ke UK beliau berpendapat bahawa gadis-gadis cantik anak Mat Saleh UK sangat mudah dipikat. Itulah maklumat yang dihadamnya melalui pembacaan dan menonton filem-filem barat.

Bagaimanapun, apabila berada di dalam kalangan masyarakat UK, beliau berpendapat sebaliknya - tidaklah semudah yang disangka.

Berbalik kepada kisah saudara saya ini, bolehlah ditakwilkan bahawa ' sekalipun berada di dalam kepuk padi, ada caranya hendak mengeluarkan padi dari dalam kepuk supaya boleh diproses menjadi beras'.

Jangan pula ada yang berpendapat bahawa saudara saya ini ikhlas dan tidak mengharapkan imbuhan material! 
    


.


2 ulasan:

  1. Ada juga seorang dua yang saya kenal aktif berpolitik. Tetapi tidak pun kaya. Silap haribulan duit dr kocek sendiri pula yg keluar untuk membantu yg minta pertolongan. Rezekinya begitu agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nama,

      Masih ada yang benar benar ikhlas. Sayangnya amalan itu dipersendakan dan seperti setitik air di lautan - sia-sia.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."