Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 5 Oktober 2013

SYABAS ATM! SAYA TIDAK SUKA PASUKAN DARI TEMASIK MENANG DAN MENJADI JUARA.

LIONS XII kempunan mendakap juara berganda apabila ditunjukkan jalan keluar oleh ATM dalam saingan suku akhir kedua kejuaraan merebut Piala Malaysia 2013 semalam (4/10/2013). Syabas dan tahniah ATM. Anda bukan sahaja perwira yang gagah-berani di medan perang tetapi juga sangat gagah di atas padang.

Bukanlah saya lebih patriotik daripada anda. Saya juga bukan ' rasis '. Saya juga tidak menentang tindakan FAM mengundang pasukan bolasepak dari negara Temasik itu bertandang dan bermaharaja lela di atas padang kita. Bahkan saya tidak membenci mereka. Saya cuma tidak suka mereka menang dan menjadi juara.

Saya sangat yakin generasi saya yang sangat gerun dengan pemain lagenda Singapura seperti Samad Ali Pitchay, Quah Kim Song, Mohd Noh dan ramai lagi dan pernah 'trauma' dengan malapetaka yang mereka lakukan kepada mana-mana pasukan negara kita suatu ketika dahulu masih tidak suka pasukan dari Temasik itu menang dan menjadi juara sehingga sekarang.

Di sebalik semua itu, saya juga sangat yakin generasi saya masih ingat sepakan ' Banana Kick' the legend oleh Abdullah Ali yang menghancur-luluhkan semangat pemain pasukan bolasepak Singapura pada zaman remaja kami dahulu. Abdullah Ali adalah seorang graduan dan kalau tidak silap saya beliau pernah bertugas di Petronas.

Namun demikian, ketaksuban kepada pasukan masing-masing tidak sedikit pun memutuskan silatulrahim kekeluargaan. Penyokong-penyokong tegar dari Singpura yang datang menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sebilangannya menginap di rumah saudara mara mereka di Kuala Lumpur.

Inilah ' stand ' saya. Saya tidak membenci apa sahaja yang dikaitkan dengan Singapura secara pakej atau secara membujur lalu melintang patah. Cuma, dalam permainan bolasepak saya tidak suka pasukan dari Temasik itu menang dan menjadi juara di atas padang kita dari dahulu hingga sekarang. Saya tidak berani menyatakan ' selamanya ' kerana itu 'bukan' kerja seorang hamba! 
 

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sdr IM,

      Bukanlah saya lebih patriotik daripada anda. Saya juga bukan ' rasis '. Saya juga tidak menentang tindakan FAM mengundang pasukan bolasepak dari negara Temasik itu bertandang dan bermaharaja lela di atas padang kita. Bahkan saya tidak membenci mereka. Saya cuma tidak suka mereka menang dan menjadi juara.

      Padam
  2. ujang kutik,

    Kemenangan bagi Singapura selalu membuat mereka berasa gah juga keatas perkara lain selain sukan bolasepak.

    Saya akan sokong Sarawak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kita sebenarnya tiada pilihan lagi kerana pasukan kita telah tutup buku dan berkira-kira untuk musim hadapan.

      Saya juga mencari pasukan untuk menumpang kasih.

      Padam
  3. Kalaulah semua ahli sukan kita mempunyai sikap patriotik yg tinggi insyallah kemenangan selalu dalam genggaman. Money is not really the matter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Maafkan saya. Umpama makan panadol, apabila pengaruh panadol habis, sakit akan dirasakan semula.

      Dalam sukan bolasepak, kita seperti tidak nampak jalan lagi.....

      Saya adalah generasi yang pernah menyaksikan Kamamoto (pemain Jepun) berebut bola dengan pemain kita di atas padang yang sama. rata.

      Saya juga bersama generasi hari ini yang yang sangat tersinggung apabila mana-mana pasukan bolasepak dari Korea/Jepun tidak sudi lagi bermain dengan kita.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."