Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 6 November 2013

KISAH DUA ORANG ANAK MUDA

Saya adalah di antara orang yang susah hendak menghulurkan wang kepada peminta sedekah jalanan. Sebaliknya, saya tidak akan berkira sangat (jika ada lebihan wang) dengan individu/pihak yang memerlukan pertolongan yang meyakinkan seperti yang biasa berlaku di masjid/surau.

Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang anak muda lelaki yang mendakwa menghadapi masalah dan memerlukan sedikit pertolongan:

Anak Muda Satu:

Saya sampai di masjid kariah saya ketika jumaah telah selesai menunaikan solat maghrib. Setelah selesai mengambil wuduk, saya ditegur oleh seorang anak muda di usia awal 20-an. Dia bukan orang tempatan. Dia mendakwa datang ke Ampang dengan tujuan hendak meminjam wang dari seorang kawannya kerana hendak melihat ayahnya yang sakit kuat di Penang. Sayangnya, 'kawannya' itu tiada di rumah. 

Saya menyatakan bahawa orang bandar bukannya tidak hendak menolong tetapi khuatir ditipu. Saya meminta dia menunjukkan kad pengenalannya. Dia berdalih dengan berbagai alasan. Saya katakan, " Kamu tidak meyakinkan." Bagaimanapun, saya melakukan sesuatu yang bukan prinsip saya. Saya menghulurkan RM10.00 dengan menyatakan alasannya tidak meyakinkan. Dia menerimanya dengan mengucapkan terima kasih.

Ulasan : Saya masih memberi wang walaupun alasan anak muda itu tidak meyakinkan. Kenapa?

Anak Remaja Kedua:

Seorang remaja yang usianya belum lagi 20 tahun (ada darah keturunan India) memberi salam ketika saya hendak membeli surat khabar berhampiran kawasan perumahan saya. Saya membalas salamnya tanpa ingin mengambil tahu siapakah pemuda itu. 

Dia menghampiri saya dan meminta wang untuk membeli makanan. Katanya, "Saya lapar." Saya memberinya RM2.00 dengan sangkaan dia mungkin ada wang lain. 

Setelah membeli surat khabar saya ke warung berhampiran untuk 'pekena' teh tarik sambil membaca akhbar. 

Ketika asyik membaca surat khabar saya terlihat anak remaja tadi berdiri berhampiran tempat lauk pauk. Tangan kanannya memegang RM2.00. Saya baru perasan bahawa anak muda itu di dalam keadaan tidak terurus - kuku kaki dan tangannya panjang dan kotor. Dia kelihatan takut-takut hendak membeli makanan mungkin kerana menyedari wang yang ada tidak mencukupi. .   

Melihat keadaan itu, saya meminta pelayan warung melayan pemuda itu mengambil makanan dan saya akan bayar.  Setelah mengambil makanan pemuda itu duduk di meja berhampiran meja saya duduk. Saya lihat dia mengambil nasi kosong, dua ekor sotong kecil dan teh 'O' ice. Sambil makan dia tersenyum-senyum melihat saya. 

Ulasan : Saya yakin bahawa saya telah menolong orang yang sepatutnya diberi pertolongan.

Wallahua'lam.

5 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Satu ketika dulu dikantin hospital besar klang ketika saya baru meletak makanan atas meja tiba tiba ada orang (bukan sebangsa kita) hampiri saya kata nya '' mau makan ''.

    Tak cakap banyak saya hulur lima ringgit dan terus makan. Seketika kemudian saya menoleh saya ternampak dia di meja lain sedang mintak duit juga kata '' mau makan" lagi.

    Hmmm.. dari jauh saya jerit..
    " woiii..tadi kata mau makan. Wang sudah ada mau makan ..lagi mintak orang lain kaa..?.

    Kemudian setelah itu saya lebih gemar membayar terus makanan saperti yang saudara catatkan dalam remaja kedua di atas.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Remaja kedua ' genuine' hendak makan dan seeloknya dibantu.

    BalasPadam
  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
    Tumpang bertanya Tuan Ujang,

    Aka ke tempat untuk mempelajari Tarikat Ahmadiah ni di area Ampang atau yang berdekatan dengannya?

    TK
    وَسَّلاَمُ

    اللهُمَّ صَلِّ على مُحَمَّدٍ وءالِ مُحَمَّدٍ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Waalaikomsalamwarahmatullahiwabaraqatuh.

      Setahu saya sekurang-kurangnya Tariqat Ahmadiah di Malaysia ada dua aliran.

      Pertama yang berpengkalan di Rasah, Negeri Sembilan. Kedua yang diamalkan oleh pengamal tariqat ini yang berpusat di Negeri Kelantan.

      Setahu saya amalan asas kedua-dua aliran tersebut adalah sama.

      Ada seorang Tuan Guru pondok di Madrasah Diniah Ahmadiah, Bt.10, Jalan Cheras-Kajang, Selangor yang mungkin boleh membantu pencarian saudara. Nama beliau ialah Ustaz Zakaria Awang. Beliau adalah anak murid kepada Allahyarham Tuan Guru Hj.Daud Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.

      Madarasah Diniah Ahmadiah terletak di Bt.10 Cheras, di sebelah kiri Jalan Besar Cheras-Kajang. Land mark ke madrasah itu ialah Masjid Bt.10 (Masjid dicat kuning).

      Semoga Allah memudahkan urusan saudara.

      Padam
    2. Tuan Ujang,

      Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk maklumat yang diberikan, إؚنْ شؘاءْ اؘلله‎ saya akan berusaha mencarinya nanti dan dengan izinNya jualah akan tercapai hasrat saya.

      جزاك اللهُ خيراً‎

      اللهُمَّ صَلِّ على مُحَمَّدٍ وءالِ مُحَمَّدٍ

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."