Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 16 Disember 2013

KEDAI BUKU: ADA YANG SAYA TIDAK PERKENAN

Selepas memperbaharui Kad Ahli sebuah rangkaian kedai buku popular di Ampang Point, Selangor pada Khamis lepas, saya membuat lawatan ke rak-rak buku Bahasa Melayu dalam kedai buku yang moden dan luas itu  - novel, best seller, kemahiran diri, IT, motivasi, agama dan kamus.

Ada beberapa perkara yang saya tidak beberapa ‘perkenan’;

Suatu ketika dahulu buku-buku dan majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka ( seperti Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Budaya) kedapatan di mana-mana sahaja di kedai buku atau kedai runcit mamak yang juga menjual surat khabar dan majalah. Namun kini, buku-buku dan khususnya majalah terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka boleh dikatakan tiada lagi dijual di kedai-kedai buku termasuk kedai buku ini. Kenapa?

Sebuah penerbitan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan kejayaan membina empayar kekayaan beberapa orang artis atau seleberiti dengan harga hampir RM50.00 sebuah. Mahal! Buku tersebut cuma memaparkan kisah kejayaan artis/seleberiti tersebut secara sepintas lalu sahaja. Saya yakin, jika pembaca hendak sangat membaca buku tersebut, tunggulah sebulan dua lagi. Harganya berkemungkinan besar diturunkan kerana tiada sambutan di atas faktor harga.

Kedapatan juga beberapa buah tajuk buku dibungkus dengan plastik untuk mengelakkan orang membaca sebelum membelinya. Siapakah yang terfikir membuat kerja ‘ tidak senonoh ‘ itu? Syarikat penerbit atau kedai buku? Bukankah kebanyakkan pembaca suka membelek secara sepintas lalu kandungan sesebuah buku itu sebelum membelinya? Saya yakin buku-buku tersebut akan dibuka plastik dan diturunkan harganya dalam tempoh sebulan dua lagi kerana ‘diboikot’ secara halus oleh peminat buku.

Saya rimas dan tidak selesa melihat buku-buku beberapa orang pakar motivasi terkenal yang wajah ,suara dan tulisan mereka acapkali bergelandangan di peti TV, radio dan lain-lain media. Saya jadi ‘mangli’atau muak dengan ‘kehadiran’ mereka di mana-mana sahaja.

Selain itu saya juga melihat lambakan novel-novel cinta remaja. Saya mendapat tahu bahawa jualan novel cinta sekarang dalam kedudukkan merudum kerana semua orang ingin berkarya dan memaparkan kisah cinta.

Hasilnya, saya tidak membeli sebuah buku pun walaupun sebagai ahli ditawarkan diskaun 10-20% dari harga asal! Saya percaya dan sangat menghormati pendirian pembaca yang tidak semestinya sealiran dengan saya.

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    '' Selain itu saya juga melihat lambakan novel-novel cinta remaja. Saya mendapat tahu bahawa jualan novel cinta sekarang dalam kedudukkan merudum kerana semua orang ingin berkarya dan memaparkan kisah cinta. ''

    Agak nye novel kisah cinta ini mudah untuk di karang ye..? ...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Mungkin golongan remaja telah 'immune' dengan kisah-kisah cinta dan mereka mula beralih kepada realiti hidup - kerja, kos hidup naik, semua naik....he...he...

      Padam
  2. Tak lama dulu saya juga tercari cari buku keluaran DBP. Malangnya tiada kedapatan
    Di kedai buku yg ternama baik MPH maupun Popular. Mmg saya akui lambakan novel cinta remaja. Saya tidak tahu bagaimana novel ini blh membantu membina jati diri remaja itu sendiri...saya rindu tulisan tulisan sastrawan dulu. Bahasanya halus penuh seni. Saya masih ingat mencuri baca Ranjau Sepanjang Jalan kepunyaan makcik saya. Biarpun ketika itu masih bersekolah rendah tp saya dpt menghayatinya. Dan saya baca berulang kali tanpa jemu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Walaupun saya (mungkin) segenerasi dengan Mak Cik saudara tidak berpeluang membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan (buku teks SPM) kerana aliran lain.

      Bagaimanapun, saya mengikuti secara tidak langsung isi cerita buku tersebut secara tidak formal melalui rancangan subjek sastera di radio ketika itu.

      Kalau tidak silap di antara watak utama ialah Lahuma, Jeha, burung tiak....cerita kesusahan sebuah keluarga Melayu yang miskin. Sungguh pun demikian, jalan ceritanya larut meresap ke dalam jiwa.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."