Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 8 Disember 2013

MENYANTUNI JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Menerima jemputan untuk  majlis perkahwian berlaku sepanjang masa dan akan lebih galak lagi pada cuti umum atau cuti sekolah. Ada kalanya perkara ini ' merimaskan' kerana berlakunya jemputan yang banyak pada hari yang sama dan ditambah pula dengan lokasi majlis yang jauh.

Sehubungan ini, ada kalangan yang menganggap jemputan yang dibuat dengan ikhlas sebagai taboo - 'surat saman', merimaskan, mengganggu hari cuti keluarga dan sebagainya.

Walaupun baru sekali menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan anak, iaitu majlis perkahwinan anak sulung, saya yakin diri ini layak dianugerahkan ' sarjana ' dalam bidang ini, " Menyantuni Jemputan Majlis Perkahwinan".

Tiada jalan singkat untuk mendapatkan makam 'sarjana' dalam bidang yang dinyatakan kecuali berguru secara ' one by one' atau ' lutut ke lutut' dengan pengalaman menghadiri majlis perkahwinan saudara seagama dan menjadi tuan rumah majlis perkahwinan anak sendiri'. Ini bermakna, seseorang itu masih belum tamat pengajian dalam bidang ini selagi dia belum lagi mengadakan majlis perkahwinan anak sendiri. 

Satu lagi kriteria yang lebih penting ialah meyakini bahawa melunaskan jemputan majlis perkahwinan yang tidak melanggar hukum agama adalah satu komitmen. Semua jemputan ada hak dan tidak sepatutnya ditangani secara acuh-tak-acuh. 

Walaupun saya adalah seorang yang mencuba hadir dengan sedaya upaya pada sesuatu jemputan, saya tidak dapat menghayati betapa besar hatinya tuan rumah melihat kehadiran kita pada majlisnya sebelum saya menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwian anak. Saya cuma dapat merasa keseronokkan yang amat sangat itu apabila mengalaminya sebagai tuan rumah.

Percayalah, seorang kawan baik sekalipun yang selalu mengirim 'sampul' melalui kita untuk majlis perkahwinan majlis perkahwinan anak kawan-kawan yang lain, ada kemungkinan besar tidak hadir pada pada majlis perkahwinan anak kita. Dia akan mengirim ' sampul ' kepada kita melalui kawan yang lain pula dengan berbagai alasan! 

Ketahuilah, makam kawan yang bersusah payah hadir dengan kawan yang cuma mengirim 'sampul' tidak sama darjat setiakawannya. Tidak sama keseronokkan yang dialami oleh tuan rumah di antara jemputannya yang hadir (lebih-lebih lagi seisi keluarga) dengan jemputan yang tidak dapat hadir walaupun ada mengirim ' sampul '.

Saya mempunyai tanggapan yang tidak betul tehadap tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan sebelum saya berpengalaman mengadakan majlis yang sama. Saya beranggapan bahawa semua tuan rumah mengharapkan sangat upti yang diletakkan dalam ' sampul ' oleh para tetamu mereka. 

Saya tidak menafikan bahawa mungkin ada sebilangan kecil yang berbuat sedemikian. Bagaimanapun, melalui pengalaman, saya yakin bahawa tanggapan atau tuduhan tersebut sangat tidak betul. Percayalah, 'Keterujaan mengadakan majlis perkahwinan anak/keluarga dan mengharapkan agar para jemputan dapat hadir untuk memeriahkan majlis itu ' membuatkan tuan rumah dengan sendirinya tidak ada niat lain yang terselindung. 

Sedemikian, hadirlah ke jemputan majlis perkahwinan anak ahli keluarga/rakan-rakan/jiran-jiran dengan 'sedaya upaya'. Jika kita tidak dapat merasakan nisbah keseronokkan dan besar hatinya di pihak tuan rumah sekarang, kita akan mengakui hakikat itu pada masa yang akan datang, iaitu ketika kita melangsungkan majlis perkahwinan anak yang pertama!     


10 ulasan:

  1. baru je baca sindiran dari UAI tadi.

    "Jemputan kenduri yang jauh berbatu boleh pergi tapi masjid yang di dalam taman sendiri payah nak hadiri."

    Kena batang hidung sendiri...

    BalasPadam
  2. Salam,
    pengalaman pertama saya,sama seperti saudara kiriman wang tak sama dengan yg hadhir...dn yg penting pada saya bukan majlis yg besar2an tp makann yg sedap untuk tetamu makan.kehadiran kawan2 yg jauh dn berkumpul saling bertanya khabar ,gelak gembira..cukup mengembirakn tuan rumah

    BalasPadam
  3. Ramai berpendapat begitu.Berjumpa kawan lama.Pada 14/12/13 in banyak jemputan
    Termasuk kawan yg tidak hadir tanpa berita pada majis saya.InsyaAllah saya akan hadir

    BalasPadam
  4. Bulan 12 ni memang byk jemputan.tp kekadang hairan juga bagaimana kum profesional yg dah pencen masih mengingati kita sdg masa khenduri kita..kita rasa segan nak jemput mereka..takut tak setaraf..tp teruja jugalah terima jemputan dari mereka.

    BalasPadam
  5. aSdr Tanpa Nama,

    Saya ada menjemput dua orang kenalan VIP di tempat saya bertugas. Mereka datang. Pada kad jemputan saya cuma mencatatkan nama sebenar tanpa pangkat kerana saya jemput disebabkan kami mengenali dan bukannya kerana pangkat.

    Saya tidak menjemput seorang kenalan VVIP di tempat bertugas kerana khuatir akan memberi tekanan kepada beliau yang padat dengan jadual tugas rasmi/sosial. Saya juga segan jika beliau tidak sudi datang. Kawan-kawan berpendapat tindakan saya itu tidak betul.

    BalasPadam
  6. Saya rasa kalau pilih hari cuti sekolah hendak adakan istiadat kenalah sedar hakikatnya yang banyak kemunkinan kawan tak dapat hadir. Kita tidak sepatutnya merasa tersinggung. Masing masing ada masalah peribadi. Apa yang selalu saya amalkan ia lah membuat panggilan talipon menyatakan kemunkinan tidak hadhir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Benar, khususnya kawan rapat, maklumkan bahawa kita tidak dapat hadir.

      Padam
  7. ujang kutik,

    Saya juga mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan kebetulan pada hari dan masa yang sama dengan majlis yang sdr ujang kutik adakan untuk kali yang pertama. Bagaimanapun ini kali yang ketiga buat saya. Saya sudah berkira untuk memanjang jemputan itu kepada sdr tapi saudara telah terlebih dulu berbuat demikian.

    Nanun kali ini ada VVIP tempat saya bekerja tidak saya jemput kerana saya pasti dia tidak akan dapat hadir. Kemudian tu saya juga cuba mengelak akan tanggapan mengharapkan sangat sampul dari nya yang saya pasti akan menerima nya jika dia menerima kad jemputan dari saya...haha.

    Saya sapertimana sdr juga berasa besar hati akan kehadiran tetamu yang kita jemput tidak terpikir langsung akan ..'sampul'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      1. Kalau sudah kali ke-3 bermakna saudara adalah bertaraf ' Mahaguru'...he;;he...

      2. Kebetulan semalam saya menerima jemputan daripada kenalan VVIP yang saya tidak jemput itu untuk majlis perkahwinan anak perempuan (sulung) beliau pada 18/01/2014. Tempat berlangsungnya majlis agak 'menggerikan' orang marhaen seperti saya.

      Insya Allah, saya akan cuba hadir sedaya upaya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."