Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 17 Januari 2014

CATATAN MENGHADIRI PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SELEPAS SUBUH DI PUTRAJAYA
Di hening dingin penghujung malam 12 Rabiulawal 1435H bersamaan 14 Januari 2014, saya dengan pakaian baju Melayu baharu lengkap yang dibiayai oleh majikan sudah berada di perut bangunan Ibu Pejabat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Saya adalah salah seorang di antara 60 orang peserta yang kesemuanya lelaki mewakili jabatan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya.  

Ketika itu 4.40 pagi. Peserta lain belum sampai lagi. Mengikut jadual, peserta akan bertolak ke Putrajaya dengan menaiki sebuah bas jabatan pada jam 5.15 pagi.

Disebabkan waktu bertolak agak lama lagi dan juga tiada kawan untuk diajak berbual, saya mengambil keputusan untuk menunggu di surau pejabat.

Saya menunaikan solat sunat (tahajud) pada penghujung malam. Sungguh pun melakukannya secara ‘adhoc’, yaani tanpa dirancang, saya memujuk hati supaya melakukannya dengan ikhlas. Alhamdulillah, saya dapat rasakan sedikit kekusyukkan.

Ada orang memandang sinis kepada seseorang yang kelihatan sangat rajin melakukan segala jenis solat sunat ketika di masjid/surau tetapi kononnya culas melakukan amalan serupa  ketika di rumah masing-masing. Riak. Bagaimanakah mereka mengetahui seseorang itu malas melakukan solat sunat ketika di rumah masing-masing?

Bulan Ramadhan ada aura yang membuatkan umat Islam teruja untuk lebih kuat beribadat dan bersedekah berbanding pada bulan-bulan lain. Surau dan masjid juga ada auranya. Jumaah mudah terangsang melakukan amal ibadat ketika berada di surau/masjid berbanding di rumah. Salahkah? 

Sejujurnya, setelah melalui 14 hari (14/1/14) tahun 2014, itulah kali kedua saya menunaikan solat sunat malam (tahajud). Kali pertama ialah pada awal tahun ketika saya bermalam secara ' lone ranger' (kerana bukan ahli Jumaah Tabligh) di Masjid Jumaah Tabligh Seri Petaling. Selepas ini saya berazam untuk datang ke masjid di kawasan perumahan lebih awal supaya dapat melakukan solat-solat sunat sebelum masuk waktu solat subuh.

Kami bertolak ke Putrajaya pada jam 5.30 pagi. Kami menunaikan solat subuh berjumaah di Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Masjid yang hebat bentuk seni binanya itu terletak di tepi sebuah tasek yang mempersembahkan pemandangan indah lagi mengasyikkan..

Selepas itu kami bergabung dengan peserta dari agensi lain dalam satu perarakan raksaksa yang mempamirkan semangat solidariti di kalangan saudara seagama. Perarakan peserta daripada jabatan kami diketuai oleh Bos No.1 kami sendiri. Perarakan tamat di sebuah masjid lain yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari lokasi perarakan bermula. Ada juga yang 'panchit' tetapi menggagahkan diri.

Saya dan dua orang lagi rakan peserta hampir ditinggalkan oleh bas setelah majlis selesai. Kami mengambil masa agak lama ketika beratur hendak mendapatkan sarapan bagi mengalas perut di medan selera berhampiran. Bagaimanapun, kami membatalkan niat tersebut setelah beratur hampir satu jam apabila pembuat air yang ' lembab' disergah oleh seorang pelanggan lain kerana dia merasa setiap gelas minuman dengan sudu yang sama (disisanya).  Kami bertiga bergegas ke tempat letak kereta (bas).

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kami diuji lagi apabila mendapati bas telah tiada di tempat letak kereta. Kakitangan urusetia yang kami hubungi menyatakan bahawa bas telah bertolak balik. Kami hampa dan marah dengan pihak urusetia.kerana meninggalkan kami terkapai-kapai di Putrajaya.  

Bagaimanapun, tanpa disangka saya menerima panggilan telefon dari kakitangan urusetia yang meminta kami berjalan sedikit ke arah Pejabat Perdana Menteri kerana berlaku kemalangan kecil pada kenderaan lain yang menyebabkan bas tidak dapat bergerak. Kami berlari-lari anak ke lokasi bas 'tersangkut' dengan perut kosong kerana tidak sarapan sejak awal pagi. Bas kami dapat bergerak semula setelah terperangkap lebih kurang 20 minit. Kami selamat sampai di Ibu Pejabat di sekitar jam 1.00 tengah hari. 

Syukur. Alhamdulillah. Allahu Akhbar.

8 ulasan:

  1. Solat tahajjud itu nikmat. Pernah diuji dugaan sakit maha berat . Rupanya Dia mahu menganugerahkan nikmat itu pada saya. ...alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Seorang hamba yang berfikir akan menyedari bahawa musibah dan dugaan hidup adalah 'cara' Allah mengingatkan hambaNya supaya menjadi hamba yang lebih baik dan ada Allah sebagai 'tempat' untuk mengadu dan dikasihani .

      Saya juga bersetuju dengan saudara bahawa 'makam' sehingga mampu merumuskan ujian Allah sedemikian adalah anugerah Allah kepada hambaNya.

      Hamba yang mampu sampai ke majlis ilmu, solat berjumaah, bersedekah dan lain-lain amalan adalah contoh kasih sayang Allah yang dianugerahkan kepada hambaNya itu. Sebaliknya, hamba yang sama juga di lain keadaan dan masa tidak dapat ke majlis ilmu, bersedekah dan lain-lain.

      Dengan ini tidak ada ruang bagi seseorang hamba itu riak dengan amalannya.

      Wallahualam.

      Padam
  2. Salam,
    saya pun antara peserta wanita yg hadir...tp melihat sendiri betapa longgarnya kita khasnya lelaki dlm solat jemaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdri Tanpa Nama,

      1. Saya tidak perasan ada peserta wanita dalam majlis itu.

      2. Saya sendiri ada kalanya lalai solat berjumaah. Ingatan saudari mampu menyuntik semangat untuk melakukan solat berjumaah secara istiqamah.

      Terima kasih.

      Padam
  3. Salam,
    Jab kami terdiri lelaki dan wanita...lelaki kemasjid besi....wanita menunggu di masjid putra...sampai masjid putra, qamat menandakan solat suboh bermula...tp yg sedihnya ada kaum lelaki berdiri2 dluar,ada yg sedang memasang karpet merah....macam tiada apa2...tak nampak pun terkejar2 g solat jemaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdri Tanpa Nama,

      Diakui. Ramai kawan-kawan seusia saya tidak solat. Atau dilihat tidak pernah solat Zuhur ketika di pejabat. Ada yang mengaku AJK surau di kawasan perumahan masing-masing. Solat Jumaat pun ada yang tidak tunaikan. Ramai.

      Padam
  4. Ujang Kutik,

    '' Bulan Ramadhan ada aura yang membuatkan umat Islam teruja untuk lebih kuat beribadat dan bersedekah berbanding pada bulan-bulan lain. Surau dan masjid juga ada auranya. Jumaah mudah terangsang melakukan amal ibadat ketika berada di surau/masjid berbanding di rumah.''

    Saya amat setuju dengan pendapat ini. Keika di masjid tidak sama dengan ketika di rumah.. Peluang untuk berjaya melakukan segala solat solat sunat akan menjadi lebih mudah. Jadi kita ambil lah peluang itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Hati lebih 'jinak' di surau/masjid.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."