Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 19 Januari 2014

KISAH PENCARI BARANGAN TERBUANG

" PUCHONG : DIA MENCARI BARANGAN TERPAKAI UNTUK SESUAP NASI, NAMUN
RUTIN HARIAN DILAKUKAN OLEH SEORANG WARGA EMAS WANITA DI TAMAN
BUKIT KUCHAI DI SINI DIDAKWA MENIMBULKAN MASALAH KEPADA JIRAN BERSEBELAHAN RUMAHNYA.

DIFAHAMKAN WARGA EMAS BERUSIA DI LINGKUNGAN 60-AN ITU AKAN KELUAR RUMAH PADA AWAL PAGI DAN PULANG LEWAT MALAM DENGAN MEMBAWA 
PULANG BERKILO-KILO SAMPAH UNTUK DIPILIH.

JIRANNYA, EN. XXXX, BERKATA, ADUAN BERPULUH KALI DIBUAT KEPADA WAKIL RAKYAT  DAN  MPSJ NAMUN RUMAH TERBABIT MASIH BOLEH DIGAMBARKAN  SEPERTI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH. KATANYA, WARGA EMAS ITU TINGGAL SEBATANG KARA DAN MENDAPAT BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN 
MASYARAKAT (JKM) SETIAP BULAN."

Ayat-ayat di atas adalah kata-kata pendahuluan sebuah berita di dalam sebuah akhbar hari ini, Ahad, 19 Januari 2014. Isu yang dipampangkan kepada pembaca ialah permasalahan kejiranan yang agak rumit hendak diatasi - bau busuk, banyak tikus, ada ular, pemandangan persekitaran yang merimaskan....

Satu pihak di usia senja berhempas pulas melangsungkan hidup sebatang kara dengan cara yang dicerna oleh latar belakang yang membina jati dirinya. Latar belakang kehidupan itu tidak pernah memberi peluang kepadanya mengambil kisah ' apa orang lain kata '.

Di satu pihak lagi mengalami masalah kacau ganggu oleh jiran mereka sendiri yang sangat kronik.

Pihak ketiga, iaitu wakil rakyat dan PBT juga buntu atau mungkin tidak tergamak mengambil tindakan tegas dan muktamad kepada warga emas wanita yang hidup sebatang kara itu.

Apa kata;

1. Komuniti di taman perumahan berkenaan mengambil tanggungjawab sosial membersihkan sampah sarap yang tidak diperlukan oleh pencari barangan terbuang itu secara berkala dengan kerjasama PBT.

2. Mengambil tindakan membersih rumah berkenaan secara bersepadu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, PBT, Ahli Kariah Taman Perumahan Berkenaan, Badan-Badan Sukarela yang lain dan sebagainya.

Jiran-jiran warga emas itu jangan didera dengan kacau ganggu hidup bersama sampah sarap. 

Warga emas wanita hidup sebatang kara juga wajib dibantu. Dari sudut lain, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling masih bernasib baik kerana jiran mereka Si Pencari Barangan Terbuang itu tidak hidup secara meminta-minta  (minta sedekah).   

WIN WIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."