Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 4 Januari 2014

' ORANG KITA': SAYA BIMBANG

Ketika menulis catatan ini saya sedang menontong rancangan baharu ' Orang Kita ' Siri Pertama di TV3. Rancangan ini adalah mengenai masyarakat Orang Asli. Rancangan ini ditayangkan pada hari Sabtu dari jam 6.00 - 6.30 petang.

Siri pertama rancangan ' Orang Kita ' membawa penonton menyaksikan kehidupan seharian para pelajar dari kalangan anak-anak Orang Asli dari seluruh Semenanjung yang ditempatkan di sebuah asrama yang moden di Kuala Lipis, Pahang.

Sukar hendak membezakan pelajar-pelajar anak Orang Asli tersebut dengan anak-anak Orang Melayu kerana kebanyakkan iras mereka sangat hampir atau pun seiras dengan orang Melayu. 

Mereka yang terdiri dari pelajar Tingkatan Satu hingga 5 dilihat telah biasa dengan persekitaran yang berbeza dengan kampung halaman masing-masing tidak menampakkan rasa rendah diri. 

Ada satu perkara yang membimbangkan saya. Saya dapati beberapa nama pelajar yang dipaparkan mirip kepada nama-nama Orang Cina - contoh: Chong Siew, Chong Hoi.

Namun, hati saya sedikit lega apabila ditunjukkan imej bapa kepada salah seorang pelajar tersebut. Walaupun nama bapa pelajar tersebut Oslan Chong Hoi, iras rupanya adalah iras peribumi dan bukannya rupa Orang Cina.

Bagaimanapun, hati saya berdolak-dalik. Datuk pelajar tersebut, Chong Hoi (bapa kepada Oslan) mungkin keturunan Orang Cina.  

Ini bukan lagi dakwaan kosong. Telah ramai lelaki keturunan Cina berkahwin dengan wanita Orang Asli. Kononnya dikatakan mereka (keturunan Cina) mengahwini wanita Orang Asli dengan tujuan hendak mendapatkan segala keistimewaan yang diperuntukkan kepada kaum Bumiputera.  

Di manakah ' pendekar ' kita yang selalu mengungkit-ngungkit kejayaan etnik Cina dalam ekonomi dan marah-marah dengan sikap yang diterjemahkan oleh pengundi etnik Cina dalam PRU 12 dan PRU 13?

Ada berani duduk di pedalaman dan mengahwini wanita Orang Asli?

Untuk rekod, Ketua atau Pembesar Minangkabau yang meneroka Negeri Sembilan lebih 5 abad yang lalu sanggup mengahwini anak-anak perempuan Ketua Orang Asli (Tok Batin) dengan tujuan mengambil hati penduduk tempatan (Orang Asli) bagi memudahkan urusan meneroka atau membuka penempatan baharu di Negeri Sembilan. 
    



  

4 ulasan:

  1. Pendekar kita hebat di kedai kopi. Nasi lemak pun dijual di ibu koota oleh mamak yang berhijrah yang dahulunya di cemoh sebagai penjual kacang puteh. Lihat ditengah bandar - Bandaraya K Terengganu yang gah sekali. Masjid agong terutama sudah dikelilngi gedong2 yang bukan lagi krepunyan 'oprang asli' negeri. Mereka cuma tinggal menjadi jurujual dan penyapu sahaja - hebat dengan telipon bibit yang canggih! Tak munkin kependalaman kerana bangsa dabn ugama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Terima kasih kerana sesekali masih sudi menjenguk blog saya.

      Ada satu ungkapan yang digunakan oleh seorang pensyarah universiti dalam kertas kerja beliau bertajuk ' Rebakkan Bandar' yang sampelnya diambil di Pulau Pinang.

      Menurut beliau ada satu gelombang yang dicetuskan oleh etnik lain dalam menguasai tanah milik Orang Melayu. Beliau menamakan ' Rebakkan Bandar'. Modus operandi 'penaklukan' tanah-tanah milik Melayu itu ialah dengan membangunkan bandar/gedung perniagaan baharu.

      Sebut sahaja bandar/gedung perniagaan tentulah yang menguasainya kaum lain bukan Melayu. Dan inilah yang telah dan sedang berlaku.

      Jadi, kita bukan sahaja tidak bercita ke pedalaman, bahkan yang kita ada pun terlepas ke tangan orang.

      Bagaimanapun, menuding jari menyalahkanda orang lain sudah menjadi sesuatu yang klise dalam keadaan di kalangan kita tidak mencari jalan menyelesaikannya.

      " Kita mesti menghentikan kebejatan ini, sekurang-kurangnya di dalam hati".

      Padam
  2. Tahniah .. penelitian yang baik .. atas kaum pribumi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr kamaludin,

      Saya tidak pasti samada saudara adalah 'Kamaludin' yang saya kenali.

      Bagaimanapun, berbanyak terima kasih kerana sudi menjenguk ke ' dunia saya'.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."