Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 26 Januari 2014

" UTAMAKANLAH RESTORAN ATAU KEDAI MAKAN MELAYU "

Pagi Sabtu, 25/1/14, saya ke kedai (Melayu) menjual surat khabar setelah mengantar kucing untuk rawatan di klinik veterinar berhampiran rumah. Saya diminta mengambil kucing itu pada sebelah petang, sekitar jam 4.00 petang setelah rawatan selesai.

Biasalah, selepas membeli surat khabar saya bercadang hendak menziarah restoran mamak. Perokok suka minum teh tarik sambil menghisap rokok di kedai kopi terutamnya di restoran mamak. Saya tidak merokok. Berbeza dengan perokok saya suka minum sambil membaca surat khabar.

Sebetulnya saya suka membaca surat khabar sambil minum teh tarik, bukannya minum teh tarik sambil membaca surat khabar. Naluri mematikan selera saya kepada teh tarik dan bersidai di kedai kopi (baca restoran mamak ) kalau tiada surat khabar hendak dibaca. Walaupun mengaibkan, itulah diri sendiri saya.

Ketika menunggu penjual surat khabar memulangkan baki wang, saya terlihat restoran mamak berhampiran masih belum dibuka. Pelik, ketika itu 11.30 pagi. Saya bertanya kepada penjual surat khabar mengenai keadaan luar biasa itu. Bak kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya ' The Scribe A Kadir Jasin' yang fenomenanya heboh diperkatakan, ketika itu KKA (Kedai Kopi Assembly) sepatutnya tengah hangat berbahas. 

Saya diberitahu oleh penjual surat khabar bahawa restoran itu disaman oleh PBT kerana kotor dan menggajikan pekerja warga asing tanpa pengesahan kesihatan.   

Penjual surat khabar, seorang Melayu, menyokong tindakan ' kasar' PBT itu. Dia menyokong tindakan itu dari aspek kesihatan, gejala warga asing dan ' perkauman'. Sebagai orang Melayu dia merasa 'sakit hati' dengan kejayaan peniaga mamak mendominasi perniagaan restoran dan 'membunuh' peniaga makanan Melayu walaupun majoriti pelanggan adalah orang Melayu.
  
Saya terkasima. Dari segi fizikal atau luarannya restoran itu tidak kelihatan ada masalah dari aspek kebersihan - hiasan dalamannya hebat dan cantik, ada kipas angin, banyak TV 'flat screen', tempat sinki basuh tangan diperbuat dari 'tile' bermutu tinggi, pekerja memakai pakaian seragam dan kelihatan segak. Bagaimanapun, pelanggan tertipu.  Dapur restoran itu sangat kotor, 'hancing' dan 'haprak' serta tidak memenuhi piawaian PBT.

Dalam perjalanan balik ke rumah saya melihat dua buah lagi restoran mamak ditutup. Saya sudah dapat mengagak sebab musababnya.

" Berhati-hatilah Dengan Restoran Mamak. Utamakanlah Restoran Atau Kedai Makan Melayu"  

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."