Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 20 Februari 2014

ROHINGYA AMPANG, SELANGOR

Ampang, Selangor adalah hab golongan tidak bernegara,golongan Rohingya, yang diusir oleh junta tentera Myanmar. Mereka beragama Islam. 

Golongan ini kelihatan di mana-mana. Anda boleh melihat mereka meronda dengan motorsikal roda tiga di kawasan perumahan sambil mata meliar memerhati barang-barang buangan yang ada nilai komersial untuk dijual kepada peniaga barang-barang terbuang. Di antara barang buangan itu adalah besi buruk, barangan plastik dan kertas. 

Kaum lelaki mereka juga rajin memakmurkan masjid. 

Ada juga di antara mereka yang membuka kedai/warung makanan. Walaupun penduduk tempatan masih 'jijik' dengan makanan yang disediakan dan tidak mengunjungi kedai makan/warung golongan itu, kedai makan/warung golongan itu mampu hidup subur kerana mendapat sokongan dari kalangan orang Rohingya yang menetap di kawasan sekitar. 

Bagi penduduk tempatan yang peka, ada satu kelaziman golongan tersebut yang boleh mengundang perasaan kasihan. Mereka (Ketua Keluarga Rohingya) suka membawa isteri dan anak-anak (yang dimuatkan di dalam motorsikal roda tiga) semasa mencari rezeki. Bayangkan kanak-kanak seawal usia 2-3 tahun turut berpanas dan berhujan 'mencari rezeki' bersama ibu dan bapa mereka. 

Tentunya anak-anak atau cucu-cucu anda di usia 2-3 tahun tidak diperlakukan sedemikian. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Setiap kali mengganti kepala paip tembaga yang telah rosak atau kipas angin yang rosak. Yang rosak saya kumpul dan berikan kepada mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr PakMail,

      Saya masih ingat nasihat tuan supaya turut sama menyantuni golongan ini.

      Terima kasih.

      Padam
  2. ujang kutik,

    Terdapat beratus ratus etnik berdaftar di Myanmar malang nya etnik Rohingya tidak ada dalam senarai.

    Iras etnik ini menyerupai negara jiran Bangladesh. Bila mereka cuba memasuki penguatkuasa Bangladesh menghalau mereka semula ke laut.

    Walaupun kita berasa kasihan melihat cara mereka mencari rezeki namun rasanya mereka juga rasa berbahagia kerana berpeluang melakukan aktiviti ekonomi berbanding dengan rakan rakan yang masih dalam transit , tidak tau nak kemana.

    Semoga nasib mereka akan terbela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Walaupun junta tentera Mynmar berterusan menzalimi saudara se Islam kita, 'kita' tidak rasa bersalah membenarkan pendatang ekonomi warga Mynmar berugama Buddha mencari rezeki di negara ini.

      Mereka bebas bekerja di mana-man seperti di kedai-kedai 24 jam. Malah, pekerja syarikat alat penghawa dingin yang pernah membaiki alat hawa dingin di rumah saya adalah pendatang Mynmar (Buddha).

      Saya, seperti saudara telah lama menyedari perkara ini. Kenapa ' kita ' tidak menutup pintu kepada bangsa yang sangat kejam kepada saudara seagama kita itu?

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."