Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 22 Februari 2014

SAYA TIDAK MENGIKUTI BLOG ' ITU' LAGI

Sebermula, tanpa rasa menyesal, hari ini saya ' DELETE' sebuah blog yang dimiliki oleh seorang bekas tokoh wartawan dari Senarai Blog (Blog Diberi Perhatian) saya. Ini adalah rentetan dari isu Kassim Ahmad dan keyakinannya yang ditimbulkan semula baru-baru ini.

Arakian, apabila badan-badan agama yang ada 'authority' dan sebilangan tokoh-tokoh agama termasuk yang kontroversi menyanggah dan 'marah' kepada manusia yang bernama Kassim Ahmad kerana pendirian  yang diyakininya, pemilik blog tersebut mengambil sikap sebaliknya. Malah, pemilik blog itu juga turut menyerang ilmuan agama sewenang-wenangnya.  

Sedemikian, tidak ada gunanya saya mengikuti blog itu lagi. Sementelahan pula, saya juga takut bersubahat jika ada pembaca yang terpengaruh dengan pendirian ' orang tidak betul ' setelah menjenguk blog itu melalui blog saya.






2 ulasan:

  1. Apalah kebal sangat....dah berpuluh2 tahun tiada tindakan diambil

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak Roosni,

      Mungkin manusia yang membawanya ' berceramah ' baru-baru ini ialah pelindungnya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."