Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 23 Mac 2014

'RAJA BOMOH' HENDAK MENAMPAR KJ : OGHANG GHOMBAU MAGHAH


Ibrahim Mat Zin atau 'Raja Bomoh' yang pada asalnya menimbulkan kemarahan orang ramai kerana hendak melempang (menampar) YB Khairy Jamaluddin (KJ) tetapi lama kelamaan menjadi 'selebriti' bukan sahaja di kalangan khalayak negara ini tetapi juga di seluruh dunia.

Fenomena ini dicetuskan selepas beliau mengugut hendak melempang MP Rembau yang juga seorang menteri. 

Rentetan itu, orang ramai secara umumnya tidak puas hati dengan keceluparan mulut bomoh itu. Sehubungan itu, mereka menggunakan  'social media' sebagai gelanggang untuk menyerang balas 'Raja Bomoh'. Ada yang ikhlas dan ada segelintir anggota masyarakat mengambil kesempatan untuk tujuan menonjolkan diri sendiri. Bagaimanapun, niat itu di dalam hati dan orang lain tidak tahu.

Antaranya ialah seorang yang mengaku dirinya ' Orang Rembau '. Beliau memuat naik video 'Orang Rembau Most Wanted Bengang Bomoh VIP (Raja Bomoh)'.  

Tidaklah diketahui samada tujuan 'Orang Rembau' itu kerana benar-benar tersinggung dengan perbuatan ' Raja Bomoh ' yang hendak melempang Orang Rembau (YB KJ) atau ada niat lain yang tersembunyi (menonjolkan diri atau suka-suka sahaja).

Melalui pengamatan saya, dialek Negeri Sembilan yang diucapkan oleh ' Orang Rembau' itu menepati dialek yang diucapkan oleh penduduk Negeri Sembilan dan tidak dibuat-buat. Saya memberi 9.99 pada skala 1 - 10. Beliau bercakap secara bersahaja walaupun ada seorang 'tukang karut' yang sekali sekala menyampuk percakapannya dengan cara berlawak. Tukang karut itu mengucapkan ungkapan ' Bomoh Ompong '. ' Ompong adalah dialek Negeri Sembilan yang membawa maksud bodoh atau bangang.

Saya perturunkan buah butir kata-kata Orang Rembau itu (yang dapat saya dengar dengan jelas kerana ada ungkapan tidak jelas) dalam ' direct translation' dengan catatan bahasa standard dalam kurungan seperti di bawah:

" Oghang (orang) lain sembahyang hajat sano (sana) sini, datang kau bawak lukah ....kau bawak bomohlah ....lopeh tu (lepas itu) kau nak hino (hina) oghang Ghombau (orang Rembau)... kau nak hino (hina) lak Ugamo Islam.....kalau kau handa (handal) na ....sobolum ni ghamai (ramai) budak hilang budak kocik hilang ---- lopeh (lepas) tu kono (kena) rogol ...kono (kena) liwat ....kok (kalau) kau power bona (benar/sangat) kau tunjukkanlah....kau caghi (cari) budak-budak yang hilang tu....diri kau pon tak sempurna (sempurna) ...kau nak lompang (lempang) oghang (orang). (suara orang lain, "Bomoh Ompong" (bodoh))...Boyo (buaya) ...den (saya/aku) pantang boyo (buaya) terbalik ....tak lompang doh...kalau kau handa (handal) ....kau bawak pengikut-pengikut kau...den tunjuk sekali ....den panggil boyo (buaya) tu...sorang sekor den beri (saya akan memberi kau dan pengikut seorang seekor buaya) .....kau bawa balik...apo (apa) kau hendak lagi...kau panggil ....den selaku oghang (orang) Ghombau (Rembau)....den cabar Tok Guru...kau bawa pengikut kau datang Ghombau (Rembau)....den tunggu kek (di) Ghombau (Rembau) ...kalau kau handa na (sangat)...Orang berio-io (beria-ia) sembahyang hajat sana sini mintak selamat semua penumpang.....kau kato (kata) kau handa (handal)....kau power.....sana sini...kau bocakap (bercakap) ni--lah...den pun boleh bocakap (bercakap)...den nak tengok handa (handal) mano (mana) kau......."  


ULASAN:

(Orang Negeri Sembilan menggunakan ungkapan ' melempang ' dan jarang-rang menggunakan ungkapan menampar.)

1.Sayangnya 'Orang Rembau' itu menetapkan tempat menunjukkan kehandalan di Rembau. Kalau di tempat berkecuali seperti di Pulau Sipadan barulah namanya 'Orang Rembau' yang berani, 'bujur lalu melintang patah'.

2. Pada sekitar tahun 70-an ada seorang 'orang kuat' yang agak terkenal di Rembau kerana keberanian dan kekuatannya. Beliau (telah meninggal dunia), Usuf Baok, saban hari boleh ditemui di Pekan Rembau. Andainya insiden ini berlaku pada tahun 70-an, saya percaya Usuf Baoklah satu-satu anak Rembau jati yang akan terus melempang bomoh itu tanpa memberi amaran terlebih dahulu. Usuf Baok biasanya melempang seseorang tanpa bertanya terlebih dahulu. Bagaimanapun, beliau menyelidik dengan teliti terlebih dahulu sebelum 'menjatuhkan hukuman'. Kata orang,' pelempang tidak bertanya' Usuf Baok' boleh menyebabkan ' kalau tak mati, badan merasai'.    

3. Ramai orang tidak mengetahui bahawa Orang Rembau mempunyai keberanian dan 'kedegilan' yang telah direkodkan oleh sejarah. Antaranya ialah terhadap laskar Portugis semasa mula-mula menjajah Melaka. Dikatakan bahawa ramai laskar Portugis yang bertugas berhampiran Rembau tidak balik-balik semula ke markas mereka di Melaka kerana 'dikerjakan' dan dibunuh oleh orang Rembau.


8 ulasan:

  1. Sdr Ujang Kutik,

    Haha... menarik sungguh review saudara pada video yang sudah ' goes viral ' di social media ini. Fakta serta kelucuan saudara menambah kemeriahan pada suasana Malaysia kita harii ini... hehe.

    Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Fakta & kelucuan. Terima kasih.

      Padam
  2. Ghombau memang terkenal .. tapi bilolah agak eh spital daerah nak dibuek. tak patut .. Jempol daerah baru pun dah ado spital sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan,

      Kok Raja bomoh tu maghah kek YB KJ pasal janji buek hospital tak ditunaikan, ese pun tak setuju oghang Ghombau maghah bona dengan dio.

      Padam
  3. Kalau tak silap saya hospital daerah dlm pembinaan sekarang . Berhampiran dengan sekolah vokasional.

    BalasPadam
  4. Sdr Tanpa Nama,

    Syukur, Alhamdulillah.

    Siapakah Tuan ini? Banyak yang tuan tahu daripada saya mengenai Rembau.

    BalasPadam
  5. Salam,
    rembau bakal ada Kfc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Waalaikomsalam.

      Semoga akan menyusul pula di Pokan Chengkau, Pedas, Kota ......

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."