Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 30 Mac 2014

DATO' SERI HISHAMMUDIN


Kehilangan MH370 yang masih belum menemui jawapan muktamad mendekatkan kita kepada Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein . Beliau menjadi jurucakap kerajaan. Saban hari beliau mendekati dunia dan dalam masa yang sama memaparkan wajah diri sebenarnya.

Pernahkah kita melihat beliau meninggikan suara atau menunjukkan memek muka yang tidak menyenangkan atau marah-marah atau bersifat angkuh seperti yang selalu dilakukan oleh beberapa orang pemimpin kerajaan yang lain ketika berhadapan dengan orang ramai atau wartawan dalam isu-isu yang melibatkan kementerian masing-masing? 

Sepanjang saya lihat di kaca TV beliau berhujah dan membalas hujah (wartawan) dengan intonasi suara yang pada keseluruhannya mendatar tetapi lancar dan meyakinkan.

Beliau sangat sabar.

Saya mula mengagumi salah satu zarah keperibadian ' negarawan' anak lelaki allahyarham Tun Hussein Onn ini.   

ULASAN:
Catatan ini bukan catatan politik kepartian. Catatan ini adalah pengamatan saya dari satu sudut yang ruangnya terlalu kecil untuk merumuskan diri sebenar sosok bernama Dato' Seri Hishammudin. Saya seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain tidak mempunyai kesempatan dan peluang mengakses lain-lain sisi peribadi Dato' Seri Hishammudin. 


4 ulasan:

  1. Saya berkongsi pandangan yg sama dgn tuan...biarpun terkadang soalan provokasi dilontar tapi beliau tetap tenang dan tidak cepat melatah. Dalam erti kata lain beliau sangat berhemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Ya, setelah posting catatan ini saya tertinggal menggunakan ungkapan ' tenang '. T.Kasih.

      Padam
  2. Rupanya ada sisi lain beliau yg kita tidak ketahui...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Apabila memuji ' reservekan' sedikit pujian untuk menyelaraskan sesuatu yang di luar jangka....he..he..

      Namun, kita cuma mampu melihat yang zahir itu pun sangat terhad.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."