Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 7 Mac 2014

FENOMENA CATU BEKALAN AIR DI SELANGOR

Kawasan perumahan saya turut terlibat dalam catuan bekalan air paip. 

Kami seperti rakyat Negeri Selangor yang lain dipaksa berjimat dalam penggunaan air pada nisbah 2:2 iaitu 2 hari ada bekalan air paip, 2 hari berikutnya tiada. Sebelum ini jika berlaku masalah dalam urusan bekalan air, pihak berkuasa memberhentikan bekalan air paip ke rumah-rumah sehingga masalah diatasi. Andainya tempoh yang diambil satu minggu, satu minggulah tiada bekalan air paip.  

Sekalipun kesusahan tidak dapat dihindarkan, langkah bijak 2:2 yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa patut juga dipuji. Kaedah ini sekurang-kurangnya meringankan sedikit perasaan tertekan rakyat/pengguna kerana mengetahui jadual bekalan air boleh didapati. 

Saya tidak berhajat membandingkan 'penderitaan' rakyat Negeri Selangor berbanding dengan masalah yang ditanggung sepanjang masa oleh saudara seagama kita di Palestin, Syria, Mynmar (Rohingya) dan lain-lain lagi kerana perbandingan sedemikian sudah klise . 

Bagaimanapun, di sebalik susah payah dan ketidak selesaan tersingkap juga pelajaran yang boleh dijadikan iktibar dan renungan. Sesungguhnya, di dalam apa sahaja situasi manusia secara perlahan akan dapat menyerap dan menerima perubahan dalam peta kehidupan mereka. Sebagai contoh, kita sangat sukar mengaplikasikan tegahan membazir air ketika mengambil wuduk. Namun, di dalam keadaan terpaksa seperti sekarang, kita boleh melakukannya.

Syaitan keluh kesah dan kepanasan ketika bekalan air dicatu kerana hasutannya untuk membazir air ketika mengambil wuduk tidak dihiraukan. 

Bersama-samalah kita berdoa agar hujan turun selebat-lebatnya dalam masa terdekat. Amin.

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    ..agar hujan akan turun selebat lebat nya.. amin.

    Saya bersyukur kerana tidak termasuk dalam catuan. Air terus saja mengalir di pili rumah. Namun simpati saya kepada mereka yang sedang melalui kepayahan ini dan saperti saranan saudara ini lah masa kita menghargai dan belajar dari membazirkan nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Ini tidak adil! he..he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."