Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 31 Mac 2014

" GOOGLE PINGS "

Mungkin teknik ' Google Pings ' bukan lagi sesuatu yang menghairankan bagi sesetengah blogger kerdil seperti saya. Bagaimanapun, untuk mereka yang masih belum mengetahui teknik 'rahsia' melakukan 'pings', saya ingin berkongsi ilmu.yang baharu diperolehi.

Melakukan ' Pings ' adalah untuk menguji sambungan mesin pencari dengan blog atau website kita. Lebih kurang maananya, " Teknik pings adalah menyediakan gelanggang yang kondusif secara maya untuk memudahkan artikal di dalam sesebuah blog dikesan dan diakses. Ianya persis saudara kembar mencari maklumat melalui googles ". 

Contohnya, jika anda ingin mengetahui mengenai Pekan Masjid Tanah, sila taip "Masjid Tanah". InsyaAllah, blog-blog yang pernah menghasilkan artikal mengenai Pekan Masjid Tanah (termasuk blog kerdil kita yang tidak popular) akan disenaraikan dengan segera untuk diakses

Saya tidak dapat menjamin kaedah mengajar saya difahami dan mencapai matlamat kerana ini adalah sesi ' mengajar ' pertama saya. Anda boleh mencuba jika berhajat.

  1. Karanglah sebuah artikal/catatan baharu.
  2. Masuk ke laman web www.googleping.com
  3. Akan keluar sebuah borang (form) dan lengkapkan;
  • Blog name : Catat nama blog anda
  • Blog Home Page : http://abcd.blogspot.com (contoh)
  • RSS URL(optional) : http://abcd.blogspot.com (contoh)
  • Email :
      4. Selepas itu akan keluar pilihan. CLICK pada link CHECK ALL pada 3 Fasa (Popular  
          Choice, Blog Services dan Feed Services).
      5. Click ' Send Pings '.
      6. Tunggu proses ' pings ' hingga selesai.
      7. Akan keluar hasil yang anda lakukan yang berakhir dengan ' Finished '.
      8. Tahniah!
        
Untuk menguji keberkesanan pembikinan teknik ' pings ' anda, sila taip satu atau dua perkataan yang tajuknya pernah anda hasilkan. Jika anda pernah menulis mengenai ' Pekan Masjid Tanah', taiplah 'Pekan Masjid Tanah' seperti pencarian dalam googles. Insya Allah, catatan mengenai ' Pekan Masjid Tanah ' di dalam blog sengkek anda/kita akan tersenarai di celah-celah catatan mengenai Pekan Masjid Tanah oleh blogger-blogger besar yang terkenal. 

Sila lakukan sesi praktikal dengan menggunakan tajuk-tajuk blog yang pernah anda hasilkan. Jika mencapai matlamatnya, itu ' tandonyo ilmu yang den salurkan tidak sio-sio'. Kalau tidak berjaya den minta maaf. Itu sahaja yang den tahu. Selamat mencuba.        

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Jangka waktu proses pembelajaran itu adalah seumur hidup.
    We are never to old to learn something new...haha.

    Selamat meneroka, mempelajari dan mencuba sesuatu yang baru.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Usia cuma adunan angka....

    Terima kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."