Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 25 April 2014

CATATAN DALAM BLOG


Saya suka menulis catatan dalam blog sendiri. Keasyikkan menulis diari hidup itu bukan dipaksa-paksa.atau dibuat-buat  Ianya berlaku secara semula jadi sejak saya mula berjinak-jinak dengan blog sejak beberapa tahun yang lalu. 

Asalkan catatan saya tidak keterlaluan, saya tidak menghiraukan sangat samada catatan yang dihasilkan itu diterima oleh pembaca atau sebaliknya. Saya masih terus aktif menulis. 

Tidak dinafikan bahawa ada di antara catatan saya bersifat 'syok sendiri'. Saya akui. 

Bagaimanapun, apalah bezanya dengan seseorang yang minat memancing. Sekalipun hasil yang diperolehi tidak berbaloi langsung dengan usaha yang dicurahkan, dia akan terus meredah gelombang lautan, mengukur sungai dan tasik tanpa memperdulikan sangat waktu itu malam, siang, hujan atau panas dan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Begitulah juga di kalangan rakan-rakan yang ketagihan bermain golf, berkaraoke, berkebun, melancung dan sebagainya. Begitu juga pengasyik burung, pengasyik kereta/motorsikal, pengasyik sembang di kedai kopi....

Namun, hobi atau keasyikkan mesti ada kayu ukurnya, yaani jangan sampai ke tahap melampau dan 'melalaikan'. Seseorang itu sendiri yang mengetahui hiraki hobi atau keasyikkan yang tidak boleh dilangkahnya.

Walaupun berpegang kepada prinsip " Asalkan catatan saya tidak keterlaluan, saya tidak menghiraukan sangat samada catatan yang dihasilkan itu diterima atau sebaliknya", saya terpaksa juga menerima hakikat bahawa ada catatan saya yang boleh diterima oleh pembaca dan ada juga yang tidak dikerling langsung.

Berikut adalah senarai sepuluh buah catatan yang dijenguk dalam bilangan yang agak banyak dan sepuluh buah catatan yang mungkin tidak ada nilai berita dan estetika sehingga tidak dikerling oleh pengunjung blog yang terpaksa membuang masa mengunjungi blog saya sedangkan hasilnya menghampakan.
 
SEPULUH (10) BUAH CATATAN PAPARAN (DIBACA) PALING TINGGI:

1. Hospital Veterinar Kuala Lumpur - 11,470 (25/3/12)
2. Urut - 4,713 (30/6/12)
3. Rumah-rumah Reka Bentuk N.Sembilan - 4,325 (20/9/12)
4. Di Manakah Iras Jawa - 3,725 (5/1/12)
5. Kahwin Sama Suku - 3,651 (30/3/13)
6. Dato' Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin - 3,382 (22/12/12)
7. Keturunan Minangkabau Negeri Sembilan - 3,172 (7/6/10)
8. Rumah-Rumah (Rembau) Yang Ditinggalkan - 2,280 (4/9/12)
9. Char Kway Teow - 1,785 (30/3/13)
10.Tarikat Al-Ahmadiah - 1,770 (5/12/11)
 
SEPULUH (10) BUAH CATATAN PAPARAN (DIBACA)PALING RENDAH:

1. Itu Bukan Masalah Kita - 6 (12/10/11)
2. Semut - 10 (5/7/13)
3. Terbongkah - 11 (26/4/13)
4. Egoiste @Bencile - 11 (3/7/13)
5. Saya Bukan Ustaz - 12 (23/5/13)
6. Papar Oh Papar - 13 (5/4/13)
7. Piala Malaysia 2012, N.Sembilan VS Kelantan - 13 (20/10/12)
8. Apabila Ramadhan 1433H Usai - 13 (15/8/12)
9. Mereka Yang Sombong - 14 (6/8/13)
10.Hidup Bak Roller Coaster - 18 (1/12/13)

Seperkara yang saya peramati ialah, catatan-catatan yang bersifat informatif dan tajuknya agak 'besar' akan terus dijenguk oleh pembaca. Ianya bagaikan lagu-lagu 'evergreen' yang terus segar malar.

Di sebalik semua itu, keasyikkan menulis catatan menemukan saya kepada sahabat yang sudi menemani dan  mendengar luahan hati saya dengan sabar. 'Sahabat' itu ialah blog 'ujang kutik' ini.   

2 ulasan:

  1. pentadbir blog ujang kutik,

    ''Ujang Kutik'' telah muncul di alam siber yang begitu luas buat beberapa waktu sudah.

    Melalui peredaran masa ia pasti akan terus merentas lebih jauh. Sapertimana seronok nya saudara menulis untuk 'ujang kutik' saya pasti ramai warga siber yang juga seronok membaca nya. Dan saya adalah salah seorang dari nya.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Terima kasih.

      Begitulah juga terhadap coretan-coretan saudara.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."