Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 13 April 2014

DATO' SERI HISHAMMUDIN TUN HUSSEIN : BAB 2

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tiada tujuan saya menulis catatan ini kerana kasihnya saya kepada parti yang didokong oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Tidak juga kerana dibayar oleh beliau. Lagi pun takkanlah beliau terlalu 'bodoh' hendak membayar sebuah blog yang kerdil dan tidak dipedulikan.

Saya terlintas di hati untuk menulis sedikit catatan tambahan (sila klik jika ingin membaca catatan terdahulu) mengenai ' Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein' apabila berpeluang berbual dengan seorang kawan. Walaupun beliau menyokong parti lawan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kawan itu adalah seorang warga negara yang baik. 

Kawan itu menyokong parti lawan dan mendakwa kerana dibenarkan oleh undang-undang negara. Beliau tidak mengutuk atau menyalahkan parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara emosi atau bujur lalu melintang patah. 

Tanda aras kesederhanaan, kematangan dan bertolak ansur kawan itu dalam berpolitik ialah beliau seperti 'takutkan bini' apabila memperkatakan hal-hal politik yang berkaitan parti yang disokong oleh isterinya apabila mereka bersama. Isteri beliau adalah penyokong tegar sebuah parti politik yang tidak disokong oleh kawan itu. Isteri beliau akan mudah naik angin apabila parti yang disokongnya diusik.

Ceritanya bermula apabila kawan itu menghampiri saya yang sedang bersarapan pagi sendirian sambil membaca akhbar di sebuah restoran. Setelah berbual mengenai hal-hal lain, beliau meluahkan kekagumannya terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjadi jurucakap kerajaan dalam kemelut MH370 yang sehingga kini belum berakhir.

Beliau mengungkapkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai : " Seorang pemimpin yang mahir berbahasa Inggeris bertahap dunia dan juga tenang serta sabar secara semula jadi."

Beliau juga berpendapat bahawa   Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah calun paling layak diangkat sebagai Perdana Menteri selepas YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jika parti mereka masih berkuasa lagi pada masa akan datang.         

Saya mendapati kekaguman terhadap satu juzuk karektor Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui catatan sebelum ini juga dikongsi dan persetujui oleh orang lain sekalipun mereka adalah dari kalangan parti lawan kepada anak bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan ketegasan dan mengutamakan integriti itu.

Saya melihat  imej terbaharu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan sedikit janggut. Tidaklah diketahui samada beliau terlalu sibuk menguruskan MH370 sehingga tiada kesempatan untuk bercukur dengan sempurna atau beliau berbuat demikian kerana mengikut sunah.

Saya berusaha seupaya mungkin mengawal arah tuju catatan ini dari dikatakan membodek dan berpihak. Catatan ini adalah ' buta elemen bodek dan kepartian' secara mutlak.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan ujang kutik,
    Saya turut bersetuju dengan saudara. persepsi saya telah bertukar apabila seperti dapat merasakan keikhlasan beliau. Bukan mudah menangani isu MH370 di ranking mata dunia. Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pn Azni,

      Semoga akan berlaku kejaiban ke atas MH370 di mana keluarga dapat menemui penumpang/crew dalam keadaan selamat..

      Padam
  2. Salam,
    carilah dlm dunia ni..dimana parti pembangkang membuka keaiban negara sendiri..rasa saya tiada..hanya di Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Mungkin berpolitik cara kawan saya itu boleh dijadikan panduan - Bersama dan bersetuju dalam semua hal untuk membina keluarga walaupun mereka berbeza dalam keyakinan politik.

      Seperti saudara dan warga yang lain saya juga ada keyakinan politik. Bagaimanapun, ada kalanya saya rimas dengan mainan politik sepanjang masa secara bujur lalu melintang patah.

      Bagaimanapun, semoga akan tiba masanya di mana kita sebangsa walaupun dipisahkan oleh fahaman politik tetapi bersatu dalam perkara-perkara yang melibatkan agama dan kelangsungan bangsa.

      Senario saling tuduh-menuduh yang berlaku sekarang adalah wajah politik sejagat. Namun, landskap penduduk di negara ini yang majmuk tidak membenarkan sama sebangsa 'beramukan' dan 'berbunuhan' sehingga menang jadi arah, kalah jadi abu.

      Walaupun mungkin kita di pihak yang menang, masih ada bekal yang kita simpan untuk musuh sebangsa yang dikalahkan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."