Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 25 April 2014

LAWAK BOGHUK (BERUK) KREATIF


video

Saya tidak suka menonton rancangan lawak di TV. Justeru itu, saya tidak mengikuti rancangan realiti lawak di saluran-saluran TV dengan sepenuh hati. Namun, saya mengetahui bahawa hadiah dalam bentuk wang tunai kepada pemenang pertandingan lawak sangat lumayan. Hadiah untuk juara mencecah RM0.5 juta!

Bagaimanapun, semasa membuat rayauan di internet untuk mendapatkan info mengenai dialek Negeri Sembilan saya menemui you tube di atas - 'Boghuk Lawak'. 

Walaupun ada penggunaan perkataan tidak menggunakan perkataan yang biasa diucapkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, filem dokumentari asal mengenai spesis monyet yang skripnya diubahsuai secara 'haram' ke dialek Negeri Sembilan oleh penutur berbakat yang kreatif ini berjaya menggeletek hati penonton.

Saya memberi markah 9 dalam skala 1-10 kepada penutur dialek Negeri Sembilan yang suaranya 'bersembunyi' di sebalik imej pengacara Mat Saleh dalam video di atas. Excellent!



Glossari: Goman (rupa), Se (aku, saya), Dokek (dekat, hampir), Kono (kena).


ULASAN:

  • Penutur dialek Negeri Sembilan bercakap secara bersahaja dengan diwarnai oleh lontaran ungkapan-ungkapan gurauan dan persendaan secara halus. Mana ada ' beruk' atau spesis monyat sebesar itu di belakang rumah. Kalau 'ado' dah 'ghamai' yang 'kono' 'unggeh' (unggeh lebih kurang maksudnya seperti makan jagung atau buah mangga tanpa menggunakan pisau).
  • Saya tidak pasti samada anda di kalangan bukan Orang Negeri Sembilan dapat memahami dialek dan seterusnya menghayati babak-babak lawak yang dipersembahkan atau sebaliknya. Andainya anda dapat memahami dan menghayatinya tentu anda terhibur dan ketawa berdekah-dekah.
  • Orang Negeri Sembilan jarang menggunakan perkataan 'MEMANCING'. Perkataan yang selalu dugunakan ialah 'MENGAIL'. 
 

    2 ulasan:

    1. ujang kutik,

      Alihan bahasa dalam nada bersahaja dia nogori dengan gesture oleh penyampai mat salleh kena.
      Lawak .. memang lawak.

      BalasPadam
    2. Sdr theolrascal,

      Rakan-rakan di kalangan bukan orang negeri sukakan lawak yang diambil dari you tube itu. Kreatif.

      BalasPadam

    " "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."