Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 9 Mei 2014

Abdul Rauf, Anda Seorang Anak Yang Menghormati Orang Yang Lebih Tua

Ketika menunggu giliran untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan di Pejabat Pos Ampang Point, Ampang seorang anak remaja lelaki, 18-19 tahun, duduk di sebelah saya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia mencium tangan saya.

Saya yang pada mulanya dalam 'mood' yang tidak berapa ceria kerana mungkin disebabkan lama menunggu, ingin menunjukkan rasa besar hati di atas sikap sopan remaja itu memulakan bicara dengan bertanya di mana tempat tinggalnya.

Dia menuntut di Kolej Al-Sofa, Taman TAR, Ampang. 

Saya katakan bahawa salah satu sekolah Yayasan Al-Sofa, iaitu Sekolah Agama Tinggi Al-Sofa terletak di dalam kariah kampung saya di Chengkau, Rembau, N.Sembilan. Walaupun demikian, saya tidak berapa tahu fungsi sekolah agama swasta yang bangunannya tersergam indah dan kelihatan mewah itu.

Dia menerangkan bahawa sekolah itu dwi-fungsi, iaitu sekolah agama dan akademik biasa dari tingkatan satu hingga lima. Dia pernah belajar di situ. Setelah tamat tingkatan lima dia melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma di kolej Yayasan Al-Sofa di Ibu Kota (Ampang). Katanya lagi bahawa kalau ada rezeki dia bercadang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah di luar negeri selepas tamat di peringkat diploma.

Dia tahu kampung saya kerana pelajar di sekolah menengah agama itu menunaikan solat Jumaat di masjid kampung saya.  Dia mengusik saya dengan berkata bahawa dia akan datang ke rumah keluarga saya di kampung jika ada kesempatan suatu ketika nanti.

Saya katakan dunia ini adakalanya menjadi terlalu kecil apabila ada keinginan hendak memulakan kenal-mengenali antara satu sama lain. Dia mengiakan dan berkata, " Kalau saya tidak tegur Pak Cik, kita tidak akan mengetahui perkara ini."

Saya bertanya negeri asalnya. 

Ibunya berasal dari Kampung Pulau, Chengkau, N.Sembilan. 

Kampung itu tidak jauh dari kampung Pak Cik.

Dia yang masih menunggu giliran setelah urusan saya selesai menghampiri saya dan kami bersalaman. Dia mencium tangan saya untuk kali kedua .

Abdul Rauf, anda seorang anak yang sangat menghormati orang yang lebih tua. Semoga anda akan berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.     

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Lumrah nya bagi kita yang sudah berumur, bertemu anak muda saperti Abdul Rauf pasti mencair kan hati kita. Sejuk perut ibu yang mengandungkan nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Semasa menonton rancangan hafiz al-Quran di TV isteri saya pernah berkata, ' Kalaulah ada di antara anak-anak kita al-Hafiz,,,,'

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."