Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 21 Julai 2014

BIG BROTHER

Sebentar tadi saya berpeluang melihat sebahagian rancangan ulangan hiburan berunsur Islam ' Malam Cinta Rasul ' yang diadakan di Kuantan, Pahang melalui TV Hijrah apabila pulang ke rumah setelah menunaikan solat Tarawikh di masjid. Sepertimana yang diketahui kumpulan yang menjayakan program tersebut didatangkan khas dari Indonesia.

Saya katakan bahawa persembahan kumpulan itu hebat dan menghiburkan.

Saya cuba mengingat semula era kegemilangan kumpulan nasyid di negara ini suatu ketika dahulu. Kumpulan nasyid paling ' top ' ketika itu ialah kumpulan RAIHAN. Ketika itu tiada mana-mana kumpulan nasyid dari Indonesia yang berpeluang mengadakan persembahan di negara ini.

Saya berpendapat bahawa pada masa ini tiada kumpulan nasyid di negara ini sehebat kumpulan dari Indonesia itu. Kumpulan itu telah berjaya membuat persembahan  ' Malam Cinta Rasul ' di seluruh negara dengan kerjasama pihak berkuasa.

Dan, baru-baru ini kita telah menerima kunjungan seorang tamu luar biasa juga dari negara jiran yang dikatakan serumpun itu. Tetamu istimewa yang sewajarnya dimuliakan itu ialah adek Musa yang telah hafaz al-Quran 30 juzuk di usia 5 tahun 6 bulan. Adek Musa disepakati oleh beberapa ahli agama memiliki kebolehan yang luar biasa. Sesiapa yang pernah melihat beliau secara ' live ' pasti sebak dan mengalirkan air mata kerana kagum di atas anugerah Allah kepada anak naif dari segi keterampilan dan latar belakang keluarga.  

Nampaknya dalam hal berkaitan dua produk ini, kita terpaksa tabik kepada ' big brother ' Indonesia. ' Big brother' jauh lebih unggul dari kita dalam hal ini. 
 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."