Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 19 Julai 2014

PALESTIN : KITA MAHU MEREKA NYAH EMOSI

SAUDARA SEAGAMA MANGSA REJIM ISRAEL
Melalui salah satu siri ' Tanyalah Ustaz ' di TV, penanya bertanya mengenai jati diri ibu-ibu Palestin yang pada bila-bila masa sahaja akan kehilangan anak yang disayangi atau anak-anak mereka menjadi cacat sepanjang hidup kerana kekejaman rejim ganas Israel.

Ustaz itu menjawab dengan mudah. Dia memberi contoh isi hati sebenar salah seorang ibu Palestin yang menangis dan meratap kerana anak lelakinya cedera parah dalam serangan Israel. Ibu Palestin itu ditanya kerana menangis dan meratap yang agak keterlaluan sedangkan anaknya masih hidup. Lagi pun keadaan sedemikian adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian rakyat Palestin.

Ibu Palestin itu menjawap dengan tegas bahawa dia menangis bukan kerana anaknya cedera parah tetapi menangis kerana anak lelakinya tidak mati syahid. 

Kita mungkin dengan mudahnya akan meremang bulu roma apabila mendengar jawapan ibu Palestin itu. 

Namun, sikap ibu Palestin berhati waja itu mungkin tidak menggambarkan prinsip hidup ibu-ibu Palestin atau rakyat Palestin yang lain secara kedeluruhannya. Rakaman-rakaman video memperlihatkan bahawa rakyat Palestin juga masih mempunyai naluri manusia biasa seperti kita apabila ditimpa musibah - sedih dan murung. 

Kita masih melihat mereka (rakyat Palestin) marah, bersedih, menangis dan meratap apabila dikejami oleh rejim Israel kerana semua itu adalah naluri manusia.  

Tidak dinafikan bahawa tiada syak lagi rakyat Palestin adalah sekelompok manusia yang sangat cekal dan memiliki jati diri yang paling ampuh di atas muka bumi ini pada masa ini. Walaupun terpaksa menjalani jalan kehidupan yang sangat keras, mereka masih mampu bertahan dan melawan. 

Sedemikian, pada pendapat saya kenyataan yang dibuat secara umum mengenai kekentalan semangat seorang ibu Palestin atau rakyat Palestin keseluruhannya sehingga tidak lagi tersisa sifat-sifat naluri manusia biasa yang ada perasaan sedih, marah, berdendam dan sebagainya ada berlaku tetapi bukan menggambarkan sikap mereka secara keseluruhannya.. Malah, kenyataan retorik seperti itu kadang-kadang disampaikan cuma untuk menyedapkan hati sahaja. " Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Di luar hijab kebanyakkan manusia, penduduk Palestin terpenjara di dalam negara sendiri. Mereka tidak boleh bergerak bebas sesuka hati. Segala mekanisma untuk menyalurkan bantuan kepada mereka juga mesti dengan perkenan rejim Israel. Malah, Mesir juga menutup dan menghalang semua laluan/pintu untuk membantu rakyat Palestin. Pendek kata, askar Mesir tidak akan membuka pintu disempadan Palestin-Mesir apabila anak muda Palestin dikejar oleh tentera Israel.

Lebih dari itu mereka juga pada bila-bila masa akan berhadapan dengan tindakan fizikal Israel - dibom, ditembak, rumah diroboh, kehormatan wanita dicabul dan sebagainya. Mereka menghadapi suasana sangat sukar tersebut sepanjang masa. 

Air mata rakyat Palestin telah kering. Mengikut nafsu kita yang cuma melihat penderitaan rakyat Palestin dari jauh mengiinginkan semua rakyat Palestin berprinsip seperti yang dinyatakan oleh ustaz itu. Kita tidak mahu mereka mengeluarkan setitik air mata pun apabila kehilangan ahli keluarga. Kita juga tidaak mahu mereka meratap apabila tempat kediaman, masjid dan kilang musnah kerana dibom oleh tentera Israel. 

Kita yang cuma melihat dari jauh inginkan rakyat Palestin ' nyah emosi '. Kita juga sangat yakin bahawa dengan bersikap demikian akan menyebabkan kegerunan kepada Israel. Kita, umat Islam seluruhnya cuba menjadikan rakyat Palestin sebagai proksi untuk menunjukkan kepada dunia dan Israel khususnya bahawa umat Islam tidak takut mati sedangkan dalam masa yang sama dunia Islam tidak memperdulikan mereka. Kita sendiri pun sangat takutkan mati.Usahkan dikejar oleh Yahudi, orang mabuk yang membeliakkan mata juga kita tekuk lutut.

Sedemikian, sikap seorang ibu Palestin yang dicontohkan oleh ustaz berkenaan tiada syak lagi ada berlaku tetapi dalam skala terpencil . Ini berlaku kerana berdasarkan visual yang sering kita lihat, rakyat Palestin juga bersedih dan terkesan dengan kekejaman rejim Israel. 

Bezanya, mereka cekal dan berusaha untuk bangkit dan melawan semula. Mereka, bangsa Palestin masih mampu ' survive' walaupun berhadapan dengan puak paling licik, paling berkuasa dan paling kejam di atas muka bumi ini.  Agak menghairankan, bangsa Jerman yang didakwa telah membunuh jutaan orang Yahudi dalam kejadian ' Holocaust' tidak pula dimusuhi dan didendami oleh Yahudi sekeras sikap permusuhan mereka terhadap umat Islam.   

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."