Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 14 Julai 2014

SAYA SOKONG GERMAN KALI INI

Sebelum ini , selama-lamanya saya tidak pernah menyokong pasukan German. Pasukan bolasepak German pada mata saya adalah pasukan yang mengamalkan permainan robust, tidak berseni dan persis sebuah armada robot.

Insiden salah seorang pemain Perancis kehilangan gigi kerana dikasari oleh penjaga gol terkenal German (saya lupa nama penjaga gol itu) dalam saingan separuh akhir piala dunia pada tahun 80-an tidak pernah terlupa dari ingatan saya. 

Namun, apabila pasukan Brazil yang saya sokong kalah secara aib dalam saingan peringkat separuh akhir 2014, saya menjadi peminat bolasepak yang tidak berpihak.

Kebetulan apabila isu holocaust 'dipersetujui' oleh MP Kinabatangan baru-baru ini (beliau menarik balik 'kekaguman' kepada tindakan Hitler) serta pengeboman tanpa belas kasihan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Gaza, Palestin ketika umat Islam berpuasa dan juga terdapat dua orang pemain utama pasukan bolasepak German ( Ozil dan Khadeira) yang beragama Islam, saya menyokong pasukan German buat pertama kalinya dalam hidup saya.

German memenangi piala dunia 2014, 1-0. Bravo German!

    

2 ulasan:

  1. ujamg kutik,

    Pada awalan piala dunia saya adalah peminat pasukan England sungguhpun yakin pasukan itu tidak akan pergi jauh.

    Di penghujung piala dunia saya bertukar minat lalu memihak pula kepada pasukan German kerana melihat kerjasama sepasukan nya yang amat menyerlah dan selain itu, juga atas sebab sebab saperti yang telah saudara nyatakan.

    Tahniah pasukan German semoga Harimau Malaya kita dapat mencontohi nya.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Jalan cerita kita lebih kurang sama - bezanya England dan Brazil sahaja.

    Bagaimanapun, ending piala dunia baik untuk kesihatan kita kerana tiada ' Ketegangan ' .

    Selamat beribadah dalam bulan Ramadhan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."