Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 26 Julai 2014

SIAPAKAH YANG PERLU MENGHORMATI?

Kita sering dipersembahkan dengan segmen di mana tokoh-tokoh agama menjadi tetamu undangan dalam sesuatu rancangan TV yang dihoskan oleh pengacara wanita yang tidak menutup aurat dan seksi seperti tidak bertudung, berpakaian ketat dan mewarnakan rambut. Segmen seperti itu memperkatakan atau membincangkan hal-hal agama secara spesifik.

Si Pengacara wanita yang tidak peduli dengan batas-batas larangan berpakaian dan berketrampilan mengikut logiknya tidak sesuai diberi tanggungjawab membincangkan hal-hal agama dengan tokoh agama atau seorang ustaz biasa sekalipun kerana sahsiah zahir Si Pengacara sangat kontra dengan objektif rancangan TV itu.

Tokoh agama atau seorang ahli agama adalah seseorang yang perlu dimuliakan. Apa kata jika stesen-stesen TV menetapkan pengacara wanita yang diberi tanggungjwab menemuramah atau dalam ' talk show' berkaitan agama dengan tokoh agama/ulamak/ustaz/ wajib memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat? 

Bukankah seorang wanita yang tidak memakai tudung akan terpaksa mengenakan tudung apabila berada atau berurusan di masjid?



2 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Sempena dengan kedatangan Syawal di esok hari saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam lebaran 'Minal Aidin wal faizin' buat saudara seisi keluarga. Mohon maaf sekiranya terdapat tulisan atau komen yang tersasar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Saya pun sedemikian. Selamat Hari Raya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."